Motosikal

BKM LANJUTKAN KERJASAMA DENGAN TOTAL OIL

Pemasang motosikal Benelli dan Keeway, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) melanjutkan perjanjian kerjasama dengan Total Oil Malaysia Sdn. Bhd. (Total Oil) bagi membekalkan produk pelincir dan produk-produk berkaitan untuk tempoh dua tahun lagi bermula 15 Mei lalu.

Benelli-Keeway-Total-Oil-mekanika (2)

Pengurus Besar BKM, Low Kin Yong berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak telah berjalan sejak dua tahun lalu. BKM amat berpuas hati dengan apa yang telah dibekalkan oleh Total Oil kepada semua produk BKM.

Kerjasama ini membolehkan motosikal Benelli dan Keeway menggunakan semua produk berkaitan daripada Total Oil. Sekali gus dapat berkongsi teknologi dalam industri pemotoran tempatan.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (3)

Antara model-model motosikal yang kini menggunakan produk Total Oil ialah Benelli TnT25, Benelli TnT300, Benelli TnT600s, Keeway RKV200, Keeway TX200G dan Keeway Black 250.

Total Oil dan BKM juga akan saling bertukar maklumat bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan, selain kepakaran dan pemasaran.

Google ads
Back to top button