MAZDA MX-5 MIATA
Pada 9 Februari 1989, dunia diperkenalkan dengan Mazda MX-5 Miata serba baharu di acara Chicago Auto Show. Beberapa bulan kemudian, ia dinobatkan sebagai “Kereta terbaik Dunia” oleh majalah Road & Track di Amerika Syarikat.
25 tahun kemudian, MX-5 telah menerima lebih 200 anugerah dan terjual lebih 920,000 unit di seluruh dunia. Pada Disember 2013, Guinness Book of World Records menamakannya sebagai kereta sports dua pintu paling laris di dunia.
“Kami berbangga untuk menyatakan bahawa selepas 25 tahun, MX-5 Miata terus menjadi model kegemartan dalam kalangan peminatnya. MX-5 Miata telah meneapkan satu standard untuk prestasi dan keseronokan pemanduan sebuah kereta sports,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Mazda Amerika Utara, Jim O’Sullivan.
Justeru, sempena ulang tahun ke-25 MX-5 Miata, para peminatnya boleh mengucapkan selamat hari jadi menerusi Twitter dengan hashtag #MX5Turns25.
Gerenasi pertama MX-5 Miata menampilkan enjin 1.6 liter empat silinder berkuasa 116hp yang dipadankan bersama kotak gear manyual lima kelajuan, sebelum variannya ditambah dengan transmisi automatik empat kelajuan.
Sistem suspensinya terdiri daripada double wishbone bebas pada keeempat-empat tayarnya. Pasukan jurutera Mazda menghasilkan bumbung jenis soft top yang mudah dioperasi, ringan dan tahan lasak.
MX-5 Miata generasi kedua MX-5 Miata diperkenalkan pada tahun 1998. Kali ini, ia dijana oleh enjin empat silinder bersesaran 1.8 liter yang lebih berkuasa (140hp). Selain rekaan lampu hadapan, bumbung soft top itu juga telah ditukar. Ciri-ciri seperti straight intake port, sistem ekzos dan manifold ekzos berkembar dipasang agar kelihatan lebih sporty.
Pada tahun 1999, MX-5 Miata generasi ketiga ditawarkan bersama enjin 16 injap bersesaran 2.0 liter MZR I-4. Enjin baharu itu berupaya menghamburkan kuasa mencecah 170hp. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi manual atau automatik enam kelajuan.
Di pasaran tempatan, pengedar kenderaan jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Motor ada menawarkan MX-5 Miata generasi ketiga. Namun, disebabkan harganya yang mahal (sekitar RM222,000 seunit), maka tidak hairanlah jika ia sukar dilihat di atas jalan raya. Apa pun, kereta ini memang legend!