TOYOTA CELICA GT-FOUR UNTUK DIBELI – TAPI BELUM TENTU BOLEH BELI
Sesungguhnya pemuda dan pemudi yang hidup di zaman zaman belum ada internet dan FB, hidup mereka agak tenang dan tenteram. Cuma sesekali jiwa menjadi kacau apabila melihatkan deretan pilihan Kereta sports sejati untuk dibeli. Dan salah satunya, adalah model ini, Toyota Celica GT-Four ini.
Budak Baru Nak Up (BBNU) barangkali kurang mengenali khazanah Kereta Sports milik Toyota ini. Mereka cuma mengenali Toyota 86 dan Yaris atau pun Avanza TRD sahaja. Tapi Toyota Celica GT-Four ini sebenarnya bukan calang calang Kereta Sports ya adik kakak.
Sedikit sejarah untuk BK kongsikan, model Toyota Celica ST185 ini mula berada di pasaran sekitar tahun 1989 sehinggalah tahun 1993. Dan tujuan pembinaan model GT-Four ini, sudah tentulah khusus bagi persediaan untuk menyertai World Rally Championship (WRC) ketika itu, bersama pemandu handalan Carlos Sainz. Model yang telah menjalani proses homologasi ini hanya dikeluarkan sebanyak 5,000 unit sahaja bagi memenuhi keperluan FIA.
Dan ianya mula dilancarkan di Jepun sekitar September 1991. Dan Toyota agak bermurah hati untuk turut menawarkan sebahagian daripada jumlah produksi yang terhad itu kepada pasaran luar yang turut dikenali dengan CS (Carlos Sainz) Edition. Dan paling menarik apabila, 25 unit daripadanya turut dieksport ke negara Singapura. (Hanya 1800 unit untuk pasaran Jepun, 3,000 untuk pasaran Eropah,, 150 untuk pasaran Australia manakala selebihnya untuk pasaran negara lain dengan jumlah unit yang cukup sedikit termasuklah Singapura)
Model yang dilihat ini adalah antara 25 unit yang telah dibawah masuk (4834/5000). Sudah tentu No Siri yang tercatat pada Kereta Sports ini menjadikan ianya sesuatu yang cukup menarik untuk dimiliki. Jelas sekali Toyota Celica GT-Four ini telah dipulihara dengan cukup baik sekali dari segi luaran dan dalaman kereta yang didaftarkan pada tahun 1992 ini.
Kereta Sports ini masih lagi menggunakan enjin asal 3S-GTE lengkap dengan pendesak turbo. Baru dapat feel sebuah kereta lumba sejati. Enjin yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 200 HP dengan tork 271 Nm. Cukup berkuasa. Antara perbezaan ketara model biasa dengan GT-Four ini sudah tentulah penggunaan hud yang berlubang menyerlahkan rupa hadapan model ini. Dan jika diteliti dengan betul, sebenarnya model GT-Four ini turut menggunakan wide body bagi penampilan yang lebih sporty.
Begitu juga bahagian bampar yang turut mempunyai lubang / saluran udara yang lebih banyak bagi membolehkan intercooler baharu kini telah berada di bahagian hadapan menyedut lebih banyak udara sejuk. Manakala lampu utama yang boleh dinaikkan ketika malam hari, membuatkan model ini kelihatan sangat seperti ‘ayam magnet’ (chicky magnet)
Jadi, berapakah harga yang diperlukan untuk memiliki sebuah Kereta Sports yang mempunyai DNA juara rali ini? Ianya cuma berharga $129,888 (RM397,374). Untuk dibeli tapi belum tentu kita boleh beli. Ke macam mana?
Kredit Foto : www.sgcarmart.com
BACA : RIWAYAT HIDUP – AKU ADALAH TOYOTA CELICA GENERASI TERAKHIR
BACA : TOYOTA CELICA ST205