
LEWIS HAMILTON-KEJANG OTOT,CATAT KEMENANGAN KE-92, PECAH REKOD SCHUMACHER!!!
Pemandu pasukan Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton berjaya memecah rekod kemenangan terbanyak pemandu Formula Satu (F1), Michael Schumacher selepas menguasai perlumbaan di Grand Prix Portugis pada Ahad.
Hamilton mudah menguasai litar Portimao itu sekali gus melakar kemenangan ke-92 sepanjang kariernya selepas menang buat kali ke-91 sewaktu di pusingan Jerman sebelum ini.
Biarpun, mencatat kemenangan selesa, beliau bergelut dengan masalah kekejangan otot betis kanan dan terpaksa memperlahankan jentera pada peringkat akhir perlumbaan.
Juara enam kali itu mengatasi rakan sepasukannya di Mercedes, Valtteri Bottas di tempat kedua manakala pemandu pasukan Red Bull, Max Verstappen menduduki kedudukan ketiga.
Hamilton mengesahkan kemenangan penting di Portimao untuk memperkukuhkan statusnya sebagai pelumba terbaik sepanjang masa.
“Saya tidak pernah bermimpi akan berada pada tahap hari ini.
“Saya tidak memiliki bola ajaib apabila memilih pasukan dan bergandingan bersama orang hebat di pasukan ini. Begitupun, saya di sini dan akan melakukan yang terbaik setiap hari,”katanya. – agensi
- BACA: NILAI KONTRAK MUNGKIN DIKURANGKAN, LEWIS HAMILTON ENGGAN BINCANG KETIKA RAMAI KENA BUANG KERJA
- BACA: LEWIS HAMILTON RAIH PENDAPATAN PALING TINGGI PELUMBA F1. RM225 JUTA SETAHUN, MAK AI BANYAK BETUL GAJI KO!!!
- BACA: 7 ENJIN YANG GAGAL DALAM SEJARAH F1. TAK SEMPAT RACE DAH KONG
- BACA: PENGELUAR AUTOMOTIF KELUAR DARI PERLUMBAAN F1