
TOYOTA COROLLA – KEKAL RELEVAN SEPANJANG ZAMAN
Pemilik Toyota Corolla kebanyakannya sangat setia dan sangat menghargai Corolla mereka. Ramai yang memilikinya sejak sekian lama dan masih dihargai sebagai sebahagian anggota keluarga mereka sendiri.

Mereka membeli Corolla kerana yakin dengan ketahanannya, jimat dan mudah untuk digunakan. Sudah tentu terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan Corolla menjadi sangat popular.
Corolla juga mempunyai reputasi penjimatan bahan api, ketahanan dan mudah untuk diselenggara. Ia menawarkan perjalanan yang lancar tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih berbanding dengan model-model yang lebih premium. Selain daripada itu Toyota juga memastikan Corolla sentiasa dibekalkan dengan kuasa mencukupi untuk kegunaan sehari-hari sejak dari awal pengeluaran sehingga sekarang.

Walaupun anggota jumlah anggota keluarga dan keperluan pemilik sentiasa bertambah, Corolla masih kekal relevan dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Saiznya yang kompak menjadikan pemanduan di bandar lebih mudah tanpa mengorbankan ruang dan keselesaan untuk penumpang dan barangan yang dibawa. Setiap generasi Toyota juga sentiasa dinaiktaraf dengan ciri teknologi terkini sekaligus menjadikannya sentiasa popular di kalangan peminat.
Kebanyakan pemilik tidak memandang Corolla sebagai sebuah kereta tapi lebih kepada teman yang boleh diharapkan sepanjang liku kehidupan. Sebab itulah ramai yang setia dengan Corolla dan kemudian mewariskannya kepada generasi selepas mereka.
Penjimatan bahan api
Penjimatan bahan api yang ditawarkan Corolla menjadikannya pilihan yang ideal untuk pemanduan dalam bandar dan jarak jauh. Kadar penggunaan bahan api juga memuaskan, di mana kami berjaya mencapai angka serendah 8.1 liter untuk setiap 100 km, atau kira-kira 680 km untuk sekali isian penuh dalam sesi pandu uji menggunakan Toyota Corolla 1.8G.

Dalam kesesakan trafik yang sememangnya menjejaskan pengunaan bahan api, enjin Corolla yang efisyen membantu pemandu berjimat selain mengurangkan keperluan untuk berhenti di stesen minyak. Saiz yang kompak juga satu bonus kerana memudahkan pergerakan dan pakir.
Perjalanan jauh dengan setangki penuh bahan bakar memang keistimewaan Corolla. Ia boleh diharap, selesa dan membolehkan pemandu lebih fokus tanpa bimbang sama ada bahan api mencukupi ataupun tidak.

Ketahanan
Ini memang kekuatan model-model Toyota dan Corolla tentunya. Ia memang dihasilkan supaya mampu bertahan dalam jangka masa yang lama jauh mengatasi model-model lain di pasaran. Ramai pemilik yang berpuasa hati kerana setelah beratus ribu kilometer penggunaan, Corolla mereka masih dalam keadaan baik tanpa sebarang isu. Ia memang sesuai dengan reputasi Toyota selaku pengeluar kenderaan yang baik dan tahan sepanjang zaman.

Mungkin sebab itu jugalah Corolla mempunyai nilai yang cukup baik di pasaran kereta terpakai. Ia juga faktor menarik untuk mereka yang mahukan model yang memberikan pulangan yang baik di masa akan datang. Pakai untung jual pun tak rugi.
Ciri keselamatan
Toyota Corolla sentiasa dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan standard seperti Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Automatic High Beams (AHB), Road Sign Assist dan Lane Tracing Assist sekali gus memberikan ketenangan kepada pemiliknya.

Malah kebelakangan ini Toyota menambah lagi sistem bantuan pemanduan dan keselamatan pada Corolla. Contohnya Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA) yang membantu pemandu mengesan pengguna jalan raya lain yang berada pada titik buta. Sepuluh beg udara termasuk Advanced Airbag System untuk pemandu dan penumpang hadapan memastikan keselamatan jika berlaku kemalangan. Ciri keselamatan lain termasuklah Electric Parking Brake (EPB), Tire Pressure Monitor System (TPMS), Hill Start Assist Control (HAC) dan pelbagai lagi ciri tambahan lain. Semuanya berfungsi untuk membantu pemandu dan meningkatkan lagi tahap keselamatan penumpang Corolla.
Harga jualan semula yang menarik
Corolla yang dijaga dengan baik memang satu pelaburan yang menguntungkan dan akan menarik peminat bakal pemilik yang baharu. Bila sampai masa untuk melepaskannya, pemilik lama juga akan mendapat kembali pelaburan mereka dengan nilai yang setimpal dan susut nilai yang rendah. Harga jualan semula biasanya bergantung kepada kekuatan jenama dan kos penyelenggaraan serta kos alat ganti yang rendah. Corolla ternyata memenuhi semua syarat disebutkan.

Penyelenggaraan yang baik akan mengekalkan prestasi kereta sekali gus menaikkan lagi nilainya di pasaran terpakai. Tak rugi sebenarnya kalau pakai Corolla kerana susut nilainya yang agak rendah berbanding model-model lain yang setara dengannya.
Jadi tunggu apa lagi. Segeralah berkunjung ke pusat jualan Toyota berhampiran untuk memandu uji dan menempah Corolla baharu anda. Pilih varian paling sesuai dengan karektor anda hari ini. Maklumat lanjut sila layari https://www.toyota.com.my/ .