
NAK JIMAT KOS LIDAR, AUTOPILOT DAH BUNUH 54 ORANG SEHINGGA HARI INI
Dalam kebangkitan dunia automotif yang dikuasai oleh trenkuasa elektrik, jenama Tesla yang pada satu ketika dulu mengusai pasaran kereta elektrik nampaknya telah mula kehilangan taring. Jenama dan produk dari negara China yang pernah diketawakan oleh Elon Musk nampaknya telah menunjukkan kemampuan sebenar
Elon Musk dan Tesla tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan yang mereka adalah juara jualan kereta elektrik di peringkat global. Jenama China yang pantas bangkit mampu menawarkan produk pada harga yang jauh lebih murah dan berkualiti membuatkan Tesla terdiam
Malah Tesla turut menangguhkan dulu pelancaran model Model 2 iaitu sebuah kereta elektrik kompak setelah melihat kemampuan industri automotif China yang bangkit bagaikan naga baru bangun dari tidur.
Jadi bagaimana untuk menguasai semula pasaran automotif apabila pasaran bertukar kepada Red Ocean?
Jawapan Tesla ialah dengan beralih kepada strategi Blue Ocean, menawarkan satu produk dan teknologi baru kepada pengguna iaitu teknologi Slef Drive atau pemanduan automatik yang dikawal oleh kepandaian buatan
Cakap memang senang, tetapi untuk melaksanakan konsep kereta pandu sendiri dan dijual kepada pengguna secara besar-besaran adalah sangat sukar. Namun itulah yang cuba dilakukan oleh Tesla, memasarkan produk kejuruteraan separuh masak dalam usaha untuk menguasai pasaran
Produk Tesla Autopilot, Enhance Autopilot dan Full Self Drive adalah dikategorikan sebagai pemanduan sendiri tahap 2 sahaja. Untuk pemanduan tahap sendiri dalam semua keadaan cuaca dan semua keadaan pemanduan, sesebuah kereta perlu mencapai Tahap 5
Namun pada masa yang sama sikap dan kepercayaan Tesla terhadap kejuruteraan boleh dipersoalkan sementelah mereka mengamalkan falsafah “the best part is no part” dan “the best process is no process at all”.
Ini bermaksud, komponen paling bagus dalam kejuruteraan automotif ialah apabila kita tidak memerlukan komponen tersebut dan tidak perlu diproses lagi. Ya bagus sebab ia menjimatkan dan mengelakkan “redundancy” namun falsafah ini menyebabkan ramai pengguna hilang nyawa
Berbeza dengan jenama lain yang menggunakan sonar (sound navigation and ranging), radar (radio detection and ranging), lidar (light detection and ranging) dan kamera bagi menghasilkan imej untuk kereta melihat, Tesla hanya menggunakan kamera sahaja
Bagi Tesla, kamera adalah peranti terbaik kerana kamera boleh melihat objek nyata dan jurutera perisian boleh melatih sistem kamera mengenalpasti imej yang terhasil berpandukan pangkalan data yang ada dalam kereta
Dalam satu kejadian yang berlaku pada bulan May 2021, pemilik dan pemandu Tesla Model 3 Steven Hendrikson maut dalam kemalangan sewaktu keretanya beroperasi dalam Autopilot. Apa yang berlaku ialah Tesla Model 3 gagal mengenalpasti lori yang terbalik secara melintang di atas jalan
Tesla Model 3 gagal membrek dan mengelak dan Steven mati di tempat kejadian. Professor Missy Cumming dari George Mason University dan Penasihat Keselamatan NHTSA telah memberi amaran berkenaan isu teknologi kereta pandu sendiri ini bermula dari tahun 2016 lagi melalui persidangan Senat Amerika
Malah tindakan Tesla yang terlalu bergantung pada kamera dan teknologi kepandaian buatan nampaknya telah menyebabkan banyak kes kemalangan yang berlaku. NHTSA telah mula melakukan siasatan terhadap Tesla bermula dari tahun 2021
Sehingga bulan Oktober 2021, sebanyak 467 kes kemalangan telah berlaku yang melibatkan kegagalan operasi sistem Autopilot. Daripada jumlah ini, 54 kes melibatkan kematian. Malah 5 anggota polis Texas telah memulakan saman terhadap Tesla selepas sebuah Tesla merempuh kereta peronda yang berhenti di tepi jalan untuk membantu pengguna jalan raya lain.
Tesla juga bertindak untuk tidak menggunakan LIDAR dalam kereta mereka disebabkan kos yang mahal. Dengan pemasaran Tesla yang membuatkan ramai bakal pembeli Tesla percaya yang kereta mereka boleh dipandu secara automatik, ramai pembeli telah mengheret Tesla ke mahkamah atas sebab overclaim dan kes kematian
Dalam satu kenyataan balas, Tesla mendakwa berdasarkan data yang dikutip daripada sistem Model 3, Hendrickson telah diberi amaran sebanyak 19 kali untuk meletakkan tangan pada roda sterimg sebelum kemalangan maut berlaku.
Namun pakar mendakwa sistem Autopilot yang boleh beroperasi dalam keadaan normal hampir kebanyakan masa telah memberi kepercayaan palsu pada pemandu untuk mempercayai sistem Autopilot dalam semua keadaan pemanduan