Buletin

TOYOTA FORTUNER TERIMA STATUS EEV – TURUN HARGA SEHINGGA RM16K

Berkuat kuasa hari ini, harga Toyota Fortuner akan diturunkan sehingga RM16,000 bergantung kepada varian. Penurunan harga itu adalah berikutan Toyota Fortuner sudah menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) daripada kerajaan.

Maka, harga Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 kini ialah RM183,800 seunit. Manakala Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4×4 pula berharga RM175,400 seunit.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (11)

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengiktiraf Toyota Fortuner sebagai sebuah kenderaan EEV. UMW Toyota Motor sememangnya bekerjasama rapat dengan Toyota Motor Corporation dalam mengenal pasti model-model akan datang yang ingin dipasang di sini dan mematuhi kriteria EEV,” kata Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

BACA: TOYOTA FORTUNER DILANCARKAN – BERMULA RM186,900

BACA: FORTUNER HADIR DI PASARAN INDONESIA

Bagi memenuhi kriteria EEV,enjin 2.7 liter petrol dan 2.4 liter turbodiesel telah ditala untuk mendapatkan lebih penjimatan. Bukan itu sahaja, kotak gear automatik enam kelajuan itu juga dioptimumkan.

Toyota-Fortuner-2016-mekanika (3)

“Selain menjadi SUV 4×4 paling mampu milik dalam kelasnya, Toyota Fortuner ialah SUV 4×4 pertama yang mendapat status EEV. Ia merupakan kenderaan keempat  model pemasangan tempatan Toyota berstatus EEV selepas Toyota Camry, Vios dan Innova.

“Justeru, penjimatan yang diperoleh daripada insentif EEV itu akan diberikan kepada pelanggan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy.

toyota-fortuner-eev-2017-mekanika-2

Dari segi keselamatan, Fortuner menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia juga diberi anugerah SUV/Crossover Terbaik dalam acara Car Sifu Editor’s Choice tahun lalu.

Sama seperti model-model lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Fortuner hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Maklumat lanjut mengenai Toyota Fortuner dan model-model Toyota yang lain, sila layari laman web: www.toyota.com.my atau hubungi talian: 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button