
INILAH CARA MEMANDU TOYOTA GR YARIS YANG SEBENAR – KALAU BERANI LA
Sejak dari dulu hingga sekarang ada saja model hot hatch dikeluarkan. Focus RS pernah menggemparkan dunia sekitar tahun 2015 dan kini Toyota merampas takhta dengan Toyota GR Yaris.
Ia merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh Toyota GR dan dinobatkan sebagai jentera WRC terbaru Toyota dan ia juga dihomologasi untuk kegunaan jalan raya. Percayalah kereta ini memang sedap dipandu dan jika anda mempunyai skil sebaik juara rali Mentakab tujuh kali, ia boleh dipandu seperti sebuah jentera rali sebenar.
Klip video ini dikongsi atas talian oleh Corners.cz dan menunjukkan seorang pemandu berbakat membelasah GR Yaris ini dalam keadaan jalan raya basah di kawasan berbukit sekitar Eropah.
Biasa kalau hujan memang kebanyakan pemandu akan lebih berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan (dah la loan 9 tahun baru bayar 3 kali) tapi itu bukan halangan untuk pemandu ini memaksa GR Yaris ini menghampiri had sebenar.
Selekoh jalan dalam video ni memang mengundang betul la. Memang tahap selekoh WRC ni. Masuk dengan kelajuan tinggi, angkat brek tangan dan tekan habis pedal minyak. Drift yang dihasilkan pun cantik je mengikut garisan seolah-olah dilakukan oleh pemandu rali bertaraf dunia.
Tapi korang semua tengok untuk hiburan saja sudah la. Jangan tiba-tiba naik syeikh bawak keluar Axia standard pekak korang cari bukit untuk buat drift pulak. Dah la sekarang ni musim hujan. Kalau dah teruja sangat pun main je la game kat telefon pintar tu.