Artikel Pilihan

AUDI BUAT KERJA GILA – SUPERCAR ENJIN DIESEL

Audi R8 merupakan salah satu produk daripada Audi yang berjaya, menawarkan sebuah supercar yang sangat selesa untuk digunakan setiap hari tanpa gagal. Supercar ini mula dipamerkan pada Geneva Auto Show 2003 dan dilancarkan secara rasmi pada Franfurt Auto Show 2006

Ketika ia mula dilancarkan, ia ditawarkan dengan enjin V8 4200cc dan diikuti dengan pilihan enjin yang lebih berkuasa iaitu v10 5200 FSI yang boleh menghasilkan kuasa sehingga 612 kuasa kuda

Ketika ia mula diperkenalkan, pelumba lagenda Jacky Ickx menyatakan yang Audi R8 merupakan kereta produksi jalanan dengan pengendalian terbaik yang pernah dialami oleh beliau

Namun pada akhir tahun 2000an, Audi mula mendapat idea dan menjalankan eksperimen secara senyap senyap untuk memasang enjin turbodiesel pada Supercar ini. Walaupun kedengaran seperti gila, Audi ada alasan yang kukuh untuk menjalankan projek ini

Pada tahun 2006 iaitu tahun yang sama Audi R8 dilancarkan, pasukan perlumbaan Audi telah memenangi perlumbaan getir 24 Jam Le Mans dengan menggunakan jentera Audi R10 TDI yang dikuasakan dengan enjin turbodiesel

Jentera yang dipandu oleh Frank Biela, Emanuele Pirro, dan Marco Werner menggunakan nombor 8 dibina dan direka oleh firma kejuruteraa Dallara. Malah Audi mengulangi kejayaan perlumbaan ini pada tahun 2007, 2010 dan 2011

Ini membuktikan yang enjin turbodiesel yang digunakan oleh Audi bukan sahaja cukup berkuasa, tapi taan lasak untuk dibedal dan berlumba 24 jam tanpa henti. Enjin diesel menawarkan tork yang tinggi dan pada masa yang penggunaan tenaga yang lebih efisyen

Malah kandungan tenaga yang ada pada diesel jauh lebih tinggi berbanding dengan kandungan tenaga pada petrol, menyebabkan jentera ini kurang memasuki pit untuk mengisi bahan api ketika berlumba.

Enjin yang dimaksudkan ialah enjin turbodiesel 6000cc V12 dengan sistem turbo berkembar. Enjin ini mampu menjana sehingga 493 kuasa kuda dan 1000Nm tork seawal 1500 RPM sehingga 3000 RPM

Angka ini membolehkan Audi R8 Le Mans memecut dari 0-100km/jam dalam masa 4.2 saat dan halaju tertinggi 300km/jam. Ia merupakan enjin paling canggih yang dihasilkan oleh Audi menerusi teknologi Turbo Direct Injection untuk kegunaan perlumbaan dan memenuhi standard pelepasan asap Euro6

Untuk model prototaip Audi R8 TDi Le Mans, ia menggunakan sistem suspensi dan sistem brek yang berbeza bagi menampung tambahan berat sebanyak 300kg. Berat tambahan ini bukan sahaja memberi tekanan tambahan pada cesi, brek dan suspensi, malah enjin ini juga memerlukan sistem sejukan tambahan

Namun pada masa sama enjin V12 ini memerlukan ruang tambahan yang lebih banyak berbanding dengan enjin V10 atau enjin V8. Dinding ruang enjin atau firewall terpaksa ditolak ke depan bagi memberikan ruang tambahan yang diperlukan

Namun kos yang tinggi dan skandal pemalsuan data bagi enjin diesel dalam kumpulan Volkswagen menyebabkan projek Audi R8 TDI Le Mans ini dibatalkan. Walaupun semua projek ini telah memasuki fasa akhir rekabentuk, Audi membatalkan projek ini daripada memasuki fasa mass production

Google ads
Back to top button