MITSUBISHI XPANDER AP4 – KERETA RALI KONSEP SENTUHAN INDONESIA
Tidak dapat dinafikan, Mitsubishi Xpander ini boleh dianggap sebagai sebuah kenderaan tujuh tempat duduk yang cukup popular di Indonesia. Namun apa hal pula tiba – tiba Mitsubishi mengeluarkan sebuah model rali daripada MPV?
Nampak macam hilang akal, tapi sebenarnya tidak. Walau pun Mitsubishi Indonesia memaparkan Mitsubishi Xpander AP4 sebagai model konsep ini pada IIMS, namun idea yang nampak macam gila ini sebenarnya adalah sebuah idea dan cita – cita daripada Rifat Sungkar. Maka terjalinlah kerjasama diantara Rifat Sungkar dan juga PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI).
Rasanya peminat rali pasti Rifat Sungkar, ikonik dunia rali di Indonesia. Untuk yang tidak tahu, Rifat Sungkar juga adalah Duta kepada Mitsubishi Indonesia. Dan beliau turut memiliki sebuah Xpander untuk kegunaan harian.
Ok, berbalik kepada berbalik model konsep yang ditayangkan ini, jelas kelihatan kit badannya telah dilebarkan bagi menyerupai sebuah kereta lumba rali yang garang dan laju. Mujur juga posisi tayarnya juga telah ditarik keluar bagi menyamai ruangan fender arch. Jangan ada yang kecam pula saiz rim 15 inci tersebut. Cukuplah tu nak bawa berlumba di atas laluan tanah yang berliku.
Untuk model konsep ini juga jelas kelihatan adalah sebuah intercooler di bahagian hadapan. Barulah jiwa kelajuan. Oh ya, nadi asal Xpander yang hanya bersesaran 1.5 memang tidak akan digunakan sama sekali. Body nampak macam laju, sekali masuk P10 pun tak lepas.
Kelak, Xpander AP4 ini bakal menggunakan enjin yang bersesaran 1.6 liter turbo. Itu jam baru boleh kepish kepish.
Bahagian belakangnya pula pemasangan spoiler juga adalah benda wajib bagi memberikan downforce yang sepatutnya. Bukan setakat wayang aja pakai. Diffuser di bahagian bawah juga sudah pastinya bukan saja – saja pasang bagi lawa.
Pasti diantara kita merasa curiga dan pelik kenapakah body sebagak ini yang dipilih untuk disumpah menjadi sebuah mobil rali. Bukankah ada Mirage?
Suka untuk Brader Karrager kongsikan sesuatu bahawa di Indonesia untuk Kejuaraan Nasional Rally Sprint yang masuk bertanding bukan calang – calang. Malah, Jeep Cherokee (dipandu oleh Julian Johan – bekas pelumba One Motorsports) dan juga Mitsubishi Pajero Sport turut dibawa berlumba bersama dengan jentera sedan seperti Evo dan juga Subaru.
Apatah lagi, Xpander AP4 ini mendapat input daripada Rifat Sungkar, yang sememangnya pakar dalam dunia rali. Menurut beliau, karakter pemanduan Xpander secara standard sudah cukup memuaskan hati beliau. Lantas timbullah idea untuk membuaskan lagi Xpander ini.
Model sebenar dijangka ditayang sewaktu GIAAS Julai nanti. Dan khabarnya juga Mas Rifat bakal beraksi sama di APRC di Medan menggunakan jentera ini.
Kita tengok Xpander AP4 ini boleh mengejar tak tidak Skoda Fabia R5 nanti.