Artikel Pilihan

TOYOTA KITAR SEMULA BATERI HIBRID PRIUS, UNTUK KEGUNAAN MODEL CROWN

Toyota mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat kitar semula yang membolehkan Toyota mengitar semula bateri kereta hibrid dan elektrik Toyota untuk digunakan pada model yang baru. Kerjasama dengan Redwood Material ini membolehkan Toyota mengitar semula 20% nikel, 20% lithium, 50% kobalt dan 100% tembaga

Usaha Toyota ini membolehkan Toyota menghasilkan bateri yang lebih mesra alam untuk kenderaan hibrid dan elektrik mereka. Sebagai contohusaha ini membenarkan Toyita mengitar semula bateri Toyota Prius 2003 generasi pertama yang telah sampai ke penghujung hayat, di fasiliti kitar semula Redwood di Nevada

Bahan mentah yang dikitar semula ini akan digunakan untuk membina bateri Toyota Crown Insignia untuk memenuhi keperluan kilang Toyota. Sebahagian lagi bahan mentah akan dibeli oleh Toyota melalui Redwood yang menghasilkan bahan mentah ini melalui aktiviti kitar semula komponen bateri lain.

Usahasama Toyota dan Redwood ini bakal menyaksikan syarikat ini berkerjasama dalam mengitar semula, menghasilkan semula dan menggunakan semula bateri lama sehingga 5 juta unit dalam beberapa tahun akan datang

Usaha kitar semula ini juga adalah sebahagian daripada rancangan Toyota untuk mencapai karbon neutral mulai tahun 2035 dan semua kenderaan Toyota mencapai karbon neutral pada tahun 2050. Malah kilang bateri Toyota iaitu Toyota Battery Manufacturing, North Carolina akan mulai beroperasi pada tahun 2025.

Redwood Material pula meletakkan sasaran untuk mencapai usaha kitar semula sehingga 100GWh setahun daripada aktviti kitar semula bateri

Google ads
Back to top button