Buletin

TOYOTA: PELANGGAN DIDAHULUKAN

UMW Toyota Motor dinobatkan sebagai syarikat automotif terbaik dalam kategori Indeks Kepuasan Pelanggan Malaysia 2015 (SSI) oleh J.D. Power. Kejayaan tahun ini membolehkan UMW Toyota mengekalkan takhtanya selama tiga tahun berturut-turut.

1 (3)

Berdasarkan penilaian yang dilakukan, Toyota memperolehi markah sebanyak  791 mata. Iaitu melebihi purata industri sebanyak 752 mata.

Dalam kajian berkenaan, J. D. Power meneliti enam faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan pelanggan secara keseluruhan ketika membeli kenderaan baharu.

Antara faktor yang diambil kira ialah jurujual, tempoh penghantaran, proses penyerahan, perjanjian, kemudahan pusat jualan dan permulaan jualan.

Kajian SSI  melibatkan tinjauan seramai 2,371 pemilik kenderaan baharu  yang membeli kenderaan antara bulan Ogos 2014 dan Mei 2015.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, berkata kejayaan berkenaan bukan sekadar mempamerkan kedudukan kepimpinan Toyota tetapi lebih penting  ia merupakan bukti komitmen syarikat menyediakan pengalaman perkhidmatan yang menyenangkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan UMW Toyota Motor terutamanya barisan hadapan yang telah bekerja keras bagi memenuhi kehendak pelanggan,” katanya.

Pendekatan  ‘pelanggan didahulukan’ Toyota membolehkan syarikat itu meletakkan kepentingan pelanggan sebagai keutamaan dan mengukuhkan kedudukan Toyota di Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button