TOYOTA RAV-X CONCEPT – APABILA MODEL RAV BANDAR CUBA DI-EKSTREM-KAN
Toyota telah memperkenalkan model konsep terkini terhadap model SUV bandar mereka, Toyota RAV dengan memperkenalkan model Toyota RAV-X, sebuah model yang mungkin kelihatan sedikit ekstrem yang diilhamkan daripada semangat perlumbaaan off-road.
Model konsep yang dipertontonkan bersempena dengan Pameran SEMA 2024 adalah merupakan cetusan idea daripada Toyota Service Parts and Accessories Development (SPAD) sebuah pasukan yang memfokuskan pada aksesori dan peningkatan prestasi.
Ianya dibangunkan berdasarkan model jalanan Toyota RAV4 PHEV sedia ada untuk dijelmakan sebagai model konsep RAV-X yang kelihatan mungkin sedikit ekstrem dan radikal berbanding model standard.
Menariknya pasukan SPAD (bukannya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ok) telah menyahut cabaran untuk menghasilkan kenderaan sebenar daripada hanya sebuah konsep daripada lakaran awal rekabentuk CAD, bahan bercetak 3D sehinggalah ke bentuk sebenar untuk sebuah Toyota RAV-X dihasilkan.
Jelas sekali reka bentuk Toyota RAV-X ini berinspirasikan daripada jentera yang beraksi dalam perlumbaan Rally Dakar, maka sebab itulah pasukan SPAD sengaja merekabentuk kenderaan yang berupaya menentang apa juga bentuk permukaan yang mencabar seumpama berlumba di padang pasir tetapi dalam masa yang masa masih cukup laju.
Di bahagian bawah casis Jurutera SPAD telah melakukan magis dengan menghasilkan suspensi jarak jauh menggunakan komponen yang ditempah khas sekali gus meningkatkan ketinggian kenderaan sebanyak 2 inci (51 mm) dan lebar sebanyak 6.3 inci (160 mm).
Pelarasan Mampatan Kelajuan Dwi membolehkan penalaan tepat penyerap hentakan untuk melancarkan pengendalian dalam apa juga rupa bentuk muka bumi dan meningkatkan pengendalian dan kawalan kenderaan.
Pada bahagian hadapan dan belakang telah dipasang skid plate ditambah dengan ketinggian yang sepatutnya bagi membolehkan model ini kelak melepasi apa juga bentuk muka bumi yang dihadapinya.
Bampar hadapan berinspirasikan Dakar dengan saluran penyejukan bersepadu dan suar fender yang ditempah khas bagi membolehkan pengudaraan roda hadapan dengan lebih efisyen untuk menyalurkann udara ke seluruh kawasan.
Rim model ini menggunakan jenis forged aluminium saiz 17×8.5 yang dipasang dengan tayar 265/65R17 bagi melengkapkan penampilan ala Dakar Rally.
BACA : TOYOTA RAV4 HYBRID KERETA YANG PALING DICARI OLEH PEMBELI BAHARU DI US