Buletin

TOYOTA JEPUN DEDAH KEMASKINI TOYOTA RAV4 2023, EVOLUSI ADVENTURE OFFROAD PACKAGE, HARGA BERMULA RM93K

Toyota Jepun telah mendedahkan RAV4 yang dikemas kini dengan paparan kabin baharu dan terdapat lebih banyak fungsi bantuan pemandu. Ia kemungkinan akan digunakan untuk model pasaran Australia tidak lama lagi.

Bermula dengan trim baharu, ia merupakan evolusi “Adventure Offroad Package” yang pertama kali didedahkan pada tahun 2020. Pakej baharu ini adalah berdasarkan trim Adventure spesifikasi EU atau trim TRD Offroad khusus Amerika Syarikat, hanya dibezakan secara visual.  

Walau bagaimanapun, Adventure Offroad Package II didatangkan dengan beberapa bahagian dalam berwarna “Gori Gori Black”.

“Gori Gori Black” turut digunakan pada bampar hadapan dan belakang serta pada penutup cermin. Bagi mereka yang tidak berminat dengan bumper hitam, Toyota turut menawarkan pilihan cat biasa. Rim hitam 18 inci menyerlahkan lagi penggayaan RAV4 ini.

SUV sederhana paling laris itu mendapat skrin sentuh 10.5 inci baharu dengan navigasi bersambung, USB-C plugs dan fungsi liputan WiFi membolehkan perisian ‘T-Connect’ baharu syarikat itu digunakan.

Terdapat juga kluster digital TFT 12.3 inci dengan resolusi tinggi baharu selain tolok analog. Penambahan lain untuk trim ini adalah seperti sistem penulen udara ‘nanoe X’ terbaru Lexus, dan cermin pandang belakang digital dilengkapi perakam.

Alat bantuan pemandu ‘Toyota Safety Sense’ baharu juga akan ditambah, termasuk pre-collision safety dan Junction AEB.

Dari segi trenkuasa, RAV4 spesifikasi Jepun kekal tersedia dengan hibrid ICE sahaja, hibrid biasa dan plug-in. Varian petrol dengan enjin 2.0 liter datang dalam samaran 2WD atau 4WD.

Model elektrik pula didatangkan dengan enjin 2.5 liter dan e-motor standard dengan sistem E-Four.

Harga keluaran RAV4 trim baharu ini ialah AS$20,301– AS$38,923 (RM93,983 – RM180,194) menjadikannya lebih mahal berbanding model tahun sebelumnya. Bagi Pakej Toyota RAV4 Adventure Offroad II, ia berharga sekitar AS$26,836 – AS$31,115 (RM124,237 – RM144,046).

GALERI:

Google ads
Back to top button