Buletin

URBAN AUTOMOTIVE MEMPERSEMBAHKAN DUA MODEL RANGE ROVER DI SEMA 2024

Urban Automotive , sebuah firma pengubahsuai kenderaan mewah yang ikonik dari Britain turut serta menyertai pameran SEMA 2024 di Las Vegas dengan pelancaran model Range Rover Sport L461.

Pameran ini menandakan pelancaran siri Urban Widetrack Series yang cukup dinantikan mereka di sana dengan menampilkan dua Range Rover yang ditakrifkan semula secara unik, Range Rover Sport L461 dan Range Rover L460 yang sangat popular.

Melalui perkongsian bersama Platinum Motorsport dan Lusso Auto Spa & Design, Urban USA telah membawa tanda pengenalan Widetrack Series ini ke pasaran Amerika dengan set penambahbaikan penggayaan yang lebih menawan.

Model Range Rover Sport L461 menampilkan rekaan Widetrack yang lengkap meliputi bonet gentian karbon yang menarik dan bampar hadapan gentian karbon gantian yang digayakan semula yang memberikan SUV rupa yang lebih garang.

Bahagian arch roda, spoiler belakang dan bampar belakang turut menerima sentuhan pakej daripada Widetrack ini.

Dibina oleh Platinum Motorsport Group yang sangat dihormati di Los Angeles, model ini menampilkan  kemasan Borasco Grey, dilengkapi dengan tayar Urban Vossen UV1-R 24″ dengan warna Satin Black dan perincian gentian karbon 2×2 Twill.

Selain itu, Range Rover L460, yang direka dengan handal oleh Lusso Auto Spa & Design yang berpangkalan di Las Vegas, juga menarik perhatian dengan layangan warna Ionian Silver. Ia menampilkan rim Urban Vossen UV-7 24” dengan warna Silver Matte Clear, di samping aksen gentian karbon tersendiri.

Penampilannya kelihatna lebih menawan dari pandangan mata dengan penggunaan bampar hadapan daripada gentian karbon serta tindanan trim corong bagi meningkatkan lagi estetika bahagian hadapannya memberikan penampilan yang lebih agresif.

Ternyata kehadiran Urban Automotive di pasaran Amerika Syarikat mula mendapat tempat meliputi pelanggan berprofil tinggi seperti golongan selebriti TV termasuklah Scott Disick dan Kim Kardashian.

Ternyata kehadiran jenama dari Britain itu di SEMA bukan sahaja menyerlahkan pakej penggayaannya yang inovatif tetapi juga mewakili satu langkah penting dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengubahsuaian ultra-mewah dan unik di pasaran Amerika Syarikat.

BACA : LUNAZ MEMPERKENALKAN RANGE ROVER SAFARI SEBAGAI KERETA ELEKTRIK PULA

BACA : 3 RIBU LAND ROVER DEFENDER DENGAN KIT UBAH SUAI URBAN AUTOMOTIVE, SUV MEWAH DAN GARANG!

Google ads

B K

Back to top button