Buletin

TOYOTA RAV4 HYBRID KERETA YANG PALING DICARI OLEH PEMBELI BAHARU DI US

Tahukah anda, kereta hibrid sebenarnya masih lagi mendapat sambutan yang tinggi di kalangan pembeli kereta baharu di Amerika Syarikat berbanding kereta elektrik tulen?

Kajian yang dijalankan oleh firma The Kelley Blue Book Brand Watch menemukan model-model seperti RAV4 Hybrid, CR-V Hybrid dan Highlander Hybrid merupakan tiga model yang paling banyak dibeli di sana.

Dalam 10 senarai kereta yang paling banyak dibeli, hanya dua sahaja terdiri daripada kereta elektrik tulen, iaitu Bolt EV (tangga ke-4) dan Tesla Model 3 (tangga ke-7).

Kajian tersebut turut mendapati hampir 25 peratus daripada pembeli kereta baharu mempertimbangkan pembelian model berelektrik seperti hibrid daripada kenderaan elektrik bateri (BEV).

Ia mungkin berpunca daripada harga jualan EV yang masih lagi tinggi berbanding model hibrid, selain masalah kebimbangan jarak dan akses kepada infrastruktur pengecasan yang masih belum meluas. – Carscoops

Google ads
Back to top button