Buletin

TOYOTA TACOMA TRD PRO 2024- EH MASIH WUJUD LAGI EH TRD NI?

Setelah hampir dua dekad sebagai juara bagi segmen trak pikap bersaiz sederhana, Toyota Tacoma bersedia memasuki bahagian baharu dalam kitaran riwayatnya. Trak pikap ini bersedia menempuh apa juga segala laluan untuk tahun 2024 dengan pengembaraan epik sebagai fokus utama, meningkatkan setiap aspek yang membuatnya menjadi pilihan utama bagi pembeli trak pikap bertahun lamanya, ditambah dengan kualiti, daya tahan, dan kehandalan legenda jenama Tacoma ini khususnya untuk pasaran negara Uncle Sam ini.

Toyota Tacoma serba baharu ini telah direka semula berdasarkan pelantar global TNGA-F yang turut digunakan terhadap model seperti Toyota Tundra dan juga Sequoia ini sememangnya direka khusus untuk memenuhi pasaran di Amerika Syarikat yang cukup terkenal dengan segmen trak pihak sebagai kenderaan gaya hidup mahu pun khusus untuk kegunaan di ladang.

Model serba baharu generasi keempat Tacoma ini telah direka dan dibangunkan di CALTY Design Center, Newport Beach, California, sama seperti Tundra and Sequoia yang turut direka di lokasi yang serupa. Ternyata rupa dan rekaan Tacoma baharu ini kelihatan lebih rugged dan bergaya berbanding generasi sebelumnya. Dan yang pasti, perkataan TOYOTA telah diletakkan di bahagian gril bagi menggantikan penggunaan logo berbanding biasa.

Terima kasih kepada kejuruteraan terkini, casis generasi baharu ini lebih rigid bagi memastikan ianya lebih sedap untuk dipandu disamping penggunaan aluminium di bahagian atas badan trak pikap ini bagi mengurangkan berat keseluruhan model yang boleh dikira cukup besar ini.

Sebagai opsyen, Toyota kini menawarkan pilihan trenkuasa 2.4-liter turbo empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 228 kuasa kuda dan 243 lb.-ft bagi varian SR. Satu lagi varian pula menawarkan lebih kuasa apabila menggunakan padanan lapan kelajuan auto pintar kawalan elektronik (ECT-i) yang mampu memberikan kuasa sehingga 278 kuasa kuda dan 317 lb.-ft.

Oh ya, sebagai sebuah model TRD Pro, sudah tentu Toyota Tacoma baharu ini tidak harus dipandang enteng. Ianya direka bagi tujuan menempuh pelbagai bentuka muka bumi tanpa masalah dengan laju dan pantas. Sudah tentu beberapa komponen buatan TRD sendiri telah dipasang pada Tacomo ini bagi memastikan ianya benar – benar sebuah jentera yang dilengkapi dengan kejuruteraan TRD berbanding kejuruteraan pelekat TRD semata.

Dan untuk itu, bahagian hadapannya telah dinaikkan sehingga dua inci dan satu setengah inci di bahagian belakang serta mempunyai kelebaran tambahan sehingga 5 inci. Menambahkan lagi ketinggian rupa Tacoma TRD Pro ini adalah penggunaan tayar Goodyear Territory R/T bersaiz 33 inci.

Bahagian kabin Tacoma TRD Pro ini buat pertama kalinya menggunakan tempat duduk IsoDynamic Performance yang berupaya memberikan keselesaan dan lancar untuk pemandu dan penumpang di kerusi hadapan. Sudah pasti tempat duduk ini juga turut berfungsi untuk mengurangkan kelesuan disaat sedang melewati laluan off-road yang mencabar.

Ciri keselamatan juga turut dititikberatkan apabila kini ianya dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0 termasuklah sistem Proactive Driving Assist yang baharu diperkenalkan.

Harga yang ditawarkan model yang memakai lencana TRD ini adalah anggaran $50,000 (RM226,925)

BACA : TOYOTA TACOMA TRD PRO 2017

BACA : TOYOTA TACOMA, INI HILUX DI AMERIKA SYARIKAT

Google ads

B K

Back to top button