Buletin

TOYOTA TACOMA TRD PRO 2017

Chicago Auto Show 2016 semakin panas dengan kehadiran pikap trak Toyota Tacoma TRD Pro 2017.

Toyota Tacoma TRD Pro 2017-mekanika (7)

Toyota Tacoma TRD memiliki  ramai pengikut di Amerika Syarikat sejak diperkenalkan pada 1995.

Musim luruh ini, Toyota Tacoma bakal menyertai ahli keluarga TRD Pro 2017. Trak pikap itu kini didatangkan dengan pemasangan peralatan off-road serba baharu.

Toyota Tacoma TRD Pro 2017-mekanika (2)

Ia direka oleh pakar  Toyota Racing Development (TRD) bagi meningkakan keupayaan off road berbanding sebelumnya.

Tacoma TRD Pro ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan Cement. Bahagian luar menerima rim aloi 16 inci TRD berwarna hitam,  plat skid hadapan aluminium TRD Pro, lampu kabus LED, lampu hadapan projektor beam dengan bezel hitam serta lampu LED nyalaan siang. Tidak ketinggalan, lampu belakang dengan bezel hitam.

Toyota Tacoma TRD Pro 2017-mekanika (1)

Pada bahagian pintu hadapan tersedia lencana TRD Pro dengan kemasan bentuk berlian. Di belakangnya juga diletakkan lencana TRD Pro dan 4×4 berwarna hitam.

Masuk ke kabin, Toyota menggabungkan ciri sporty dan keselesaan dengan ciri-ciri standard. Ini termasuk kerusi kemasan kulit TRD Pro hitam bersama logo TRD Pro pada perehat kepala,  EntuneTM Premium Audio dengan gabungan navigasi dan App Suite, tolok gear TRD serta pelapik lantai TRD Pro.

Toyota Tacoma TRD Pro 2017-mekanika (5)

Selain itu, Toyota ada menawarkan stereng balutan kulit bersama butang audio dan Bluetooth. Tidak ketinggalan bantuan parkir belakang sonar, Blind Spot Monitor serta Rear Cross-Traffic Alert .

Tacoma TRD Pro  baharu dilengkapi ciri Multi-Information Display (MID)  4.2 inci berwarna yang digabungkan dengan inklinometer (meter condong) dan tilt gauge. Paparan MID memaparkan suhu luar, odometer, perbatuan dan purata penggunaan bahan api.

Toyota Tacoma TRD Pro 2017-mekanika (3)

Tacoma TRD Pro dipacu oleh enjin  3.5-liter V6 DOHC VVT-iW (Variable Valve Timing- intelligent Wide).  Pilihan transmisi ialah automatik dan manual 6-kelajuan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button