Artikel Pilihan

NISSAN MID4 CONCEPT, PENCABAR HONDA NSX YANG GAGAL DIREALISASIKAN

letusan perkembangan ekonomi jepun dalam tahun 1980an ke 1990an menyaksikan pengeluar automotif Jepun menghasilkan barangan mewah dan kehendak yang bukannya keperluan. Salah satu produk yang dikeluarkan pada ketika ini ialah kereta sport 2 pintu dengan mengutamakan prestasi berbanding dengan lain lain objektif

Honda hadir dengan model NSX, Toyota muncul dengan Supra manakala Mitsubihsi dengan model Lancer Evolution. Namun selain dari model 350Z enjin depan pacuan belakang, Nissan sebenarnya ada sebuah lagi kereta sport enjin tengah pacuan belakang yang dibangunkan khusus bagi mencabar hegemoni Nissan NSX

Pada tahun 1985, Nissan memperkenalkan sebuah kereta konsep yang dipanggil MID4. Ia adalah sebuah kereta sport enjin tengah yang direka untuk bersaing dengan Honda NSD dan juga kebanyakan kereta sport mewah lain dari Eropah

Kereta konsep ini juga dipasang dengan pelbagai perkakasan eksperimen yang laun seperti sistem pacuan semua roda ATTESA yang akhirnya digunakan pada model Nissan Skyline R32 GT-R. Sistem AWD ini akan menghantar kuasa pada ratio 33:67 depan belakang.

Nissan MID4 jga dipasang dengan sistem stering 4 roda HICAS yang menjadikannya cukup lincah di selekoh selain dengan halaju maksimum 250km/jam di laluan lurus. Namun ketika itu MID4 hanya diberikan enjin 3000cc V6 VG30DE yang menjana 190 kuasa kuda.

Menyedari kekurangan kuasa enjin, Nissan menghasilkan sat lagi model konsep dikenali dengan nama MID4-II dengan rekaan luar dipengaruhi oleh model Silvia dan juga NSX. Enjin V6 VG30DE diganti dengan enjin VG30DETT V6 yang menjana sehingga 325 kuasa kuda dan 380Nm tork

Namun disebabkan terlalu banyak komponen mekanika pacuan semua roda dan stering semua roda yang dipasang pada platform menjadikan MID4-II berat, memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan dan juga ruangan enjin yang terhad disebabkan sistem turbo yang kompleks

Namun selepas semua teknologi ini diperkenalkan, MID4-II gagal menandingi pengalaman pemanduan yang ditawarkan Nissan Z32 yang lebih murah. Atas sebab ini Nissan tidak pernah menghantar model konsep MID4-II ke kilang untuk dihasilkan. Tambahan pula memiliki 2 kereta sport sebagai model flagship memerlukan terlalu banyak sumber kewangan dan masa untuk dilaburkan

Tambahan pula, ekonomi Jepun pada ketika itu mulai merosot dan pelaburan yang diberikan belum pasti dapat diambil semula dalam keadaan ekonomi yang gawat

Google ads
Back to top button