TEMPAT DUDUK DEPAN TOYOTA TACOMA TRD PRO 2024 ADA PENYERAP HENTAK ADJUSTABLE WEH – GILA BETUL
Toyota Tacoma memang tak pernah dijual di Malaysia. Agaknya sebab saiznya yang tak sesuai dengan jalan raya kita kot. Kini Toyota telah memperkenalkan Tacoma TRD PRO 2024 untuk pasaran AS dan ciri paling menarik setakat ini ialah tempat duduk depan yang dinamakan IsoDynamic Performance.
Ia dikatakan berfungsi untuk menyerap gegaran dari permukaan jalan dan memberikan lebih keselesaan dan fokus yang lebih baik untuk pemandu. Ia mungkin nampak sama seprti tempat duduk yang dipasang pada trak-trak besar yang berfungsi untuk mengurangkan gegaran kepada pemandu. Tempat duduk Tacoma ini lebih spesifik untuk kegunaan off-road.
Menurut Toyota, tempat duduk IsoDynamic Performance ini akan menstabilkan pemandangan pemandu, lebih selesa sekaligus mebgurangkan keletihan ketika memandu di laluan off-road.
Sistem ini menggunakan sepasang penyerak hentak udara boleh laras untuk setiap tempat duduk dan ia akan melaraskan keadaan tempat duduk mengikut keperluan pemanduan. Lebih menarik lagi sebab ia juga boleh laras tau.
Penguna boleh melaraskan tempat duduk ini berdasarkan berat badan dan keperluan mereka. Macam mana nak laras? Dari gambar-gambar yang disertakan kita dapat lihat sepasang tombol dan sepasang meter yang menunjukkan bacaan dari 60 psi ke 170 psi. Pusing je tombol ni ikut kesesuaian anda.
Nampak canggih kan? Tapi kalau jenis yang ada anak kecil kat belakang susah sikit oo. Maklumlah budak-budak ni memang tangan dia gatal sikit. Lama-lama boleh tercabut tombol tu hahaha.
Tapi secara visualnya kami memang suka dengan tempat duduk ni. Nampak canggih dah macho betul. Lepas ni mesti akan muncul versi copy ori dari China rasanya kan?