Artikel PilihanBuletin

#SIRI 1: GALERIA PERDANA LANGKAWI-MUZIUM AUTOMOTIF YANG TERSEMBUNYI

Selain dikenali sebagai pulau pelancongan dan membeli belah di mana isteri anda suka pergi sebab nak beli pinggan Corelle dan coklat, Pulau Langkawi menawarkan banyak lagi pilihan lawatan yang menarik.

Sewaktu dijemput dalam satu sesi ujipandu Volkswagen Passat yang lalu, saya dan Abang Japar mengambil kesempatan melawat Galeria Perdana ketika rakan media lain sibuk ke pantai dan pekan Kuah untuk membeli-belah.

Baiklah. Galeria Perdana secara asasnya adalah koleksi hadiah yang diterima oleh bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamed sewaktu menjadi perdana menteri Malaysia. Bayangkan koleksi yang beliau terima bagi setiap acara yang dirasmi, lawatan, kunjungna hormat negara dan maca-macam lagi lah dalam masa 22 tahun.

BACA – MUZIUM MOTOR LHM, BUAT PENCINTA 2 STROKE

BACA – LAWATAN KE KILANG SUDU (SPOON SPORT)

Pameran ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu cenderahati berbentuk kulit, kayu, kristal, alat-alat muzik, tekstil, senjata, seramik dan macam-macam lagi. Tetapi yang menarik perhatian bagi kita pembaca web automotif sudah tentulah yuang berkaitan dengan dunia automotif.

Seksyen ini terletak di dewan terakhir yang mempamerkan puluhan kereta dan motosikal yang diterima Tun sewaktu berkhidmat. Disebabkan terlalu banyak yang hendak kami ceritakan, artikel ini akan dibahagi kepada 3 siri.

Sebaik masuk ke bahagian ruang utama, anda akan lihat kereta ini. Pontiac Catalina, sebuah Mitsuoka Type F dan Proton Perdana Eksekutif.

PONTIAC CATALINA (1950 – 1958)02-pontiac-catalina-2

Ini adalah model Pontiac terawal yang menggantikan model Chieftain. Mat Salleh di Amerika masih lagi merujuk Catalina ni sebagai model pertama Pontiac. Sewaktu diperkenalkan ia adalah kereta yang lebih murah dibandingkan dengan Chevy Impala, Buick dan Olksmobile.

Kalau anda jenis suka menonton rancangan dokumentari Hot Rod Amerika, Catalina ni boleh anda tengok depan mata. Biasanya kita tonton dalam televisyen, mat rappers seluar londeh sampai lutut yang memandu.

sila tengok berdepan dan kereta ni memang betul-betul lebar dan panjang. kalau parking lot biasa di Malaysia mustahil boleh muat.

MITSUOKA CLASSIC TYPE F03-mitsuoka-classic-type-gf-1 03-mitsuoka-classic-type-gf-2

Ini adalah kereta Mitsuoka Classic Type F. Ia mungkin satu-satunya kereta yang Mitsuoka buat sendiri tanpa ambil mana-mana model Nissan. Abang Japar dulu pernah dia nak terajang sebuah Mitsuoka Orochi nampak serupa Ferrari kena curah asid jadi lembik katanya.

Walaupun nampak klasik, Mitsuoka Classic Type F ni adalah kereta moden. Ia merupakan keluaran tahun 1997 dengan enjin BP Mazda 1.8 liter dan suntikan bahanapi.

Bentuknya memang sangat mengambil inspirasi kereta klasik Britain tahun 50-an. Agak berbeza dengan ilham syarikat Jepun lain yang memandang Itali dan Amerika sebagai inspirasi mereka.

PINZGAUER 6 X 6 “PIGLET”04-pinzgauer-1

Ini memang trak yang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan kaki Off road sedunia. Ia masih dianggap perentas hutan terbaik yang pernah dihasilkan. Ia digelar “Anak Babi” kerana rupa jeriji depannya yang sedikit muncung dan kalau anda lihat dengan teliti memang kelihatan macam itu lah.

Ia adalah kenderaan yang popular digunakan dalam sektor ketenteraan di seluruh dunia. Lihat bagaimana syarikat kecil dari Austria dengan produk sangat kecil pasarannya mampu bertahan dan masih dikeluarkan sehingga hari ini.

HYUNDAI GRANDEUR V6dsc_6691 hyundai granduer

Baiklah. ini sebenarnya bukanlah kereta yang anda nak tengok sangat dalam galeria Perdana tetapi ia adalah bukti kejuruteraan Hyundai yang sejak awal lagi cuba untuk masuk ke dalam pasaran kereta mewah.

Grandeur ini dikuasakan oleh enjin V6 3000cc dan ini adalah model kedua mereka selepas model pertama sukses pada tahun 1986.

Granduer ini jugalah perintis kepada model mewah Azera dan hari ini, ia berevolusi menjadi segmen mewah Hyundai yang mereka kenali sebagai Genesis.

HYUNDAI SONATA 05-sonata-1 05-sonata-2

Ini juga kereta yang telah buktikan Hyundai ingin bersaing dengan pemain besar di seluruh dunia. Hyundai Sonata merupakan kereta global Hyundai yang berjaya malah lencananya masih kekal digunakan hari ini.

Ia dianggap “Corolla” bagi industri automotif Korea Selatan. Dipamerkan di Galeria Perdana ini ialah generasi ketiga (1993-1998) dan ia adalah model yang dieksport ke seluruh dunia. Ia adalah model penting kerana dari model ini lah, Hyundai banyak belajar tentang keperluan pengguna.

Kalau anda baca rebiu, ia mendapat skor yang teruk, jarang yang memuji tetapi Hyundai tetap percaya dengan “kerosakan” model ini, mereka mampu membuat kereta yang 10 kali lebih baik. Tahukah anda kini Hyundai merupakan pengeluar ke 4 terbesar di dunia?

MITSUBISHI DIAMANTE06-mitsubishi-diamante-3

Mungkin ramai yang terlepas pandang model ini. Mitsubishi Diamante adalah percubaan Mitsubishi untuk bersaing dalam segmen mewah. Mereka menggunakan model Galant sebagai asas dan dibesarkan untuk menjadikannya lebih premium.

Nama Diamante itu sendiri adalah bermaksud “Diamond” dalam bahasa Spanyol. Uniknya, “berlian” adalah logo Mitsubishi yang masih kekal digunakan sampai hari ini. Model pertama yang dipamerkan ini juga yang memberi laluan kepada pengenalan Proton Perdana.

BACA – DAIKOKU FUTO, SYURGA PEMINAT KERETA

BACA – PAMERAN KERETA VINTAJ DI TOKYO

OK. setakat ini sahaja untuk bahagian pertama, kita sambung SIRI ke 2 nanti, ada misubishi Dangan Minica, ada keeta elektrik, skuter, kereta F1 Sauber dan banyak lagi.

 

Google ads
Back to top button