TOYOTA UK TERLEBIH TERIMA TEMPAHAN SUPRA EDISI KHAS – INI SEMUA SALAH…
Toyota UK dilapor menjual lebih banyak Toyota Suora edisi khas berbanding jumlah yang telah diperuntukkan kepadanya secara tidak sengaja.
Sebanyak 90 unit Supra edisi khas bakal diberi untuk pasaran Eropah dan UK menerima 24 unit daripadanya.
Tetapi, masalah teknikal komputer membolehkan lebih 24 orang pelanggan meletakkan wang tempahan £1,000 (RM5,450) untuk membelinya.
Toyota dikatakan telah menghantar surat permohonan maaf kepada pelanggan yang tidak terpilih.
“Permintaan yang tinggi menyebabkan sistem teknikal pengambilan tempahan mengalami masalah. Ini membenarkan lebih banyak tempahan diterima berbanding kereta yang ada.
“Kami benar-benar memohon maaf di atas kekecewaan anda,” jelas surat tersebut.
Biarpun begitu, Toyota cuba untuk mengurangkan kesan itu dengan memberi mereka ‘sesuatu yang istimewa’. Wang deposit mereka yang tidak terpilih akan dipulangkan sepenuhnya.
Mereka juga boleh menukar tempahan kepada model Supra Pro, varian tertinggi yang ditawarkan oleh Toyota UK. Varian tersebut hadir bersama pelan servis percuma selama dua tahun dan jemputan ke acara Toyota Gazoo nanti.
Untuk pasaran UK, Supra edisi khas didatangkan dalam cat kelabu, rim hitam matte dan kemasan kulit berwarna merah pada ruang kabin.