Artikel Pilihan

PEGAWAI POLIS DALLAS DISAMAN KERANA BUAT LIVE STREAMING TIKTOK SEWAKTU BERTUGAS

Seorang pemandu dari Texas menyaman seorang pegawai polis dan jabatan polis Dallas selepas tersebarnya video sewaktu beliau ditahan atas kesalahan trafik di aplikasi TikTok. Dah la buat livestream siap tunjuk pula identiti sebenar plaintif kepada penonton. Beliau percaya penahanan beliau semata-mata untuk rakaman video dan bukannya atas kesalahan trafik.

Saman difailkan kepada Deputy Francisco Castillo yang bertanggungjawab membuat rakaman tersebut. Pengadu Torry Osby mendakwa beliau dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum ditahan Castillo atas dakwaan memandu melebihi halaju. Beliau memberitahu pegawai terbabit yang beliau sudah menetapkan kawalan kelajuan kereta beliau di bawah halaju. Castillo tidak melepaskan Osby tetapi terus membuat rakaman.

Osbu kemudian mendakwa 20 minit selepas insiden salah seorang penonton livestream tersebut menghubungi beliau dan berkongsi akaun TikTok pegawai polis terbabit termasuklah screenshot sesi livestream tersebut dengan 109 penonton. Sumber tersebut memberitahu yang maklumat peribadi Osby jelas kelihatan di dalam rakaman tersebut dan Castillo turut mengakui dalam video yang penahanan tersebut adalah tidak sah.

Jabatan Sheriff mengesahkan yang Castillo telah digantung kerja selama dua hari kerana melanggar polisi media sosial jabatan. Alahai, budak sekolah kena gantung sekurang-kurang seminggu kalau kat Malaysia. Masalahnya adakah ini kali pertama kesalahan seperti ini dilakukan Castillo.

Jabatan polis enggan memberikan komen tetapi plaintif menuntut gantirugi terhadap gangguan mental dan emosi ekoran kejadian tersebut. Masaklah kali ni nak nayar saman. Cuma yang tak bagusnya sampai sekarang tarikh sebutan saman di mahkamah masih belum dtetapkan.

Dah jadi penyakit juga sebenarnya kegilaan membuat video ni. Sikit-sikit nak rakam. Kalau yang senonoh tak apa la jugak.

Google ads
Back to top button