Pandu Uji

TRITON TUGAS BERAT DIPERKENAL

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasminya telah melancarkan Triton Heavy Duty (Triton Tugas Berat) baharu dengan varian 2.8-litre diesel 4×4 Double Cab. 

Dibina untuk menempuh kondisi laluan sukar, Triton Heavy Duty dilengkapi enjin diesel 2.8 liter (tanpa turbo dan pancitan terus) yang mampu menjana kuasa mencecah 97PS @ 4,000rpm dan tork maksimum 198Nm @ 2,000rpm.

New Triton Heavy Duty

Enjin ini boleh menerima bahan api gred lebih rendah yang biasanya digunakan di kawasan terpencil dan tapak-tapak pembinaan. Kuasa enjin itu kemudian disalurkan kepada sistem pacuan empat roda Easy Select Mitsubishi melalui  kotak gear lima kelajuan manual. Sistem Easy Select juga membolehkan pemandu menukar mode pemanduan 2WD kepada 4WD pada kelajuan di bawah 100km/j.

Jentera ini turut dipasang dengan tayar untuk jalan berlumpur dan rim aloi ringan bersaiz 16 inci sebagai ciri standard bagi operasi di laluan off-road.Hanya untuk pendaftaran komersial, Triton Heavy Duty ditawarkan pada harga RM72,037 di atas jalan tanpa insurans. Sementara harga di Sabah adalah RM73,832 dan Sarawak RM73,798.

Model yang diimport sepenuhnya ini didatangkan dalam warna putih solid. Pembeli akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer dan pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi untuk dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

Trak pikap ini menggunakan suspensi tahan lasak (penyerap hentak jenis gas) yang meningkatkan aspek kestabilan ketika melalui laluan tidak rata. Bagi memudahkannya ia dikendalikan di ruang sempit,ia menawarkan radius pusingan 5.9 meter.

Triton Heavy Duty memiliki pelbagai ciri keselamatan standard seperti pedal brek anti gangguan, struktur badan Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) ciptaan Mitsubishi Motors dan banyak lagi.

Penambahan Heavy Duty nyata melengkapkan lagi rangkaian trak pikap Triton yang kini terdiri daripada varian Triton Single Cab, Triton VGT 2.5 liter 4×4 automatik, 2.5 liter 4×4 automatik dan manual serta Triton LITE Turbo 2.5 liter 4×2 manual.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ kami di laman Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button