Buletin

TURUN LAGI 8 SEN, RON95 KINI RM1.30 SAHAJA SELITER. RON97 RM1.60 DAN DIESEL RM1.58 SELITER

Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 8 sen bagi tempoh 4 hingga 10 April 2020.

Dalam satu kenyataan media pada hari ini, Kementerian Kewangan menyatakan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.38 seliter diturunkan kepada RM1.30 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara harga runcit bagi RON97 yang  sebelum ini RM1.68 seliterm diturunkan kepada RM1.60 seliter.  

Bahan api diesel mencatat penurunan harga runcit yang agak besar iaitu 10 sen. Sekali gus menjadikan harganya kini RM1.58 seliter berbanding RM1.68 seliter minggu lalu. 

Google ads
Back to top button