
GM DAN HONDA JV BUAT EV HONDA, BUKAN 1 TAPI 2!
Honda sangat jarang bekerjasama dengan syarikat asing kecuali di China yang merupakan norma pengeluar di sana. Landskap dunia automotif hari ini begitu pantas berubah dan sesuatu perlu dilakukan.
Satu perkembangan menarik untuk diikuti apabila General Motors (GM) dan Honda mengumumkan persetujuan untuk sama-sama membangunkan dua kenderaan elektrik (EV) baharu untuk Honda.
Dua model itu akan dibangun menggunakan platform EV global GM yang dikuasakan bateri Ultium.

Bahagian luar dan dalam akan direka oleh Honda manakala platform pula dibuat mengikut karakter pemanduan syarikat Jepun itu.
Penghasilan EV itu akan menggabungkan kepakaran pembangunan kedua-dua syarikat dan dikeluarkan di kilang GM di Amerika Utara. Jualan akan dimulakan mengikut model 2024 (2023) di Amerika Syarikat dan Kanada.
GM dan Honda sebenarnya mempunyai hubungan yang sedang berlangsung di dalam bidang elektrifikasi.
Di antara projek yang dibuat ialah fuel cell dan kereta elektrik perkongsian pemanduan autonomi. Kereta yang dinamakan Cruise Origin dipertontonkan di San Fransisco awal tahun ini.
Honda turut menyertai program pembangunan modul bateri GM pada 2018.
Sebagai sebahagian dari perjanjian kerjasama membangunkan EV, Honda akan menggunakan fungsi keselamatan dan sekuriti OnStar milik GM di dalam dua model tersebut dan mengintegrasikannya dengan HondaLink.

GM mempunyai pengalaman luas dalam menjalinkan kerjasama di dalam bidang automotif. Konglomerat Amerika Syarikat itu mempunyai jenama sendiri, subsidiari dan kerjasama seperti Chevrolet, Buick, GMC, Cadillac, Holden, Baojun dan Wuling.
Honda pula mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam merekabentuk, mengeluar dan memasarkan kenderaan dan perkakasan di darat, air dan udara.

Honda adalah peneraju global dalam nadi kuasa dan teknologi elektromotif dan setiap tahun mengeluarkan hampir 28 juta enjin setiap tahun untuk tiga produk utamanya.
- BACA: PADA 2007, HONDA CROSSROAD DIPERKENAL DI JEPUN (GANTI HR-V GENERASI PERTAMA)
- BACA: HONDA CT125 HUNTER CUB – KAPCAI JADI SCRAMBLER
- BACA: PADA 2013 HONDA ODYSSEY RC1 DIPERKENAL, TURUT DIJUAL DI MALAYSIA
Kredit foto: Honda, General Motors, Chevrolet