
UJIAN PRESTASI HATCHBACK TERBAIK DUNIA. MERCEDES A35, AUDI S3, BMW DAN FOCUS RS
Pasaran dunia bagi kereta hacthback berkuasa sentiasa panas dengan pelbagai saingan dari kesemua pengeluar terkemuka. Masing-masing akur bahawa hot hatch yang berprestasi tinggi merupakan segmen yang tidak boleh dipandang ringan.
Bagi melihat saingan dalam kategori ini, pasukan Carwow telah mengadukan beberapa model “panas” untuk melihat model mana layak dinobatkan sebagai king of hatchback.
Kereta yang dipilih ialah BMW M140i, Mercedes-AMG A35, VW Golf R, Audi S3 dan Ford Focus RS. Ujian yang dirakam dalam video itu adalah dari sidit pecutan, pecutan semasa kereta bergerak (rolling test) dan ujian sistem brek.
Dalam perlumbaan drag, Audi S3 nampaknya mendahului pesaing mereka. Agak mengejutkan walaupun fakta bahawa enjin turbocharged empat silinder 2.0 liter ini dikongsi bersama dengan VW Golf R dan menghasilkan kurang kuasa berbanding Ford Focus RS.
Seterusnya adalah perlumbaan rolling dalam gear ketiga dari 80 km/j. Kali ini, ia adalah BMW M140i yang mendahului pesaingnya. Itu tidak menghairankan kerana ia adalah satu-satunya kenderaan dalam kumpulan ini yang mempunyai lebih daripada empat silinder.
Yang terakhir ialah ujian brek dari 112 km/j. Oleh kerana mereka boleh mendapatkan kelajuan tertinggi dengan cepat, mereka perlu berhenti sepantas mungkin – dan berita baiknya ialah, manakala Mercedes-AMG A35 mendahuluinya.