Buletin

PEMANDU GOLF R DITAHAN, PANDU 280 KMSJ!

Seorang pemandu warga Australia berusia 22 tahun ditahan polis New South kerana didapati memandu melebihi had laju 110 km/j yang dibenarkan.

Berdasarkan hantaran di Facebook NSW Police Force, pemandu muda itu dikesan memandu pada kelajuan 280 km/j di Hume Motorway, Mittagong pada jam 9.30 pagi Isnin, 7 November lalu.

Hantaran di laman Facebook itu turut mendapat perhatian netizen.

Seorang pengguna memberikan komen, “Bolehkah sebuah Golf mencapai kelajuan 280 km/j, itu adalah soalan yang perlu ditanya!”

Sementara seorang lagi memberikan balasan, “280 km.. Radar polis itu perlu dikalibrasi semula.”

Sebagai makluman, sebuah Golf R standard kilang dihadkan kelajuan tertingginya kepada 250 km/j sahaja, namun dengan modifikasi yang tepat, tidak mustahil hot hatch itu mampu mengatasi had tersebut.

Menurut hantaran itu lagi, pemandu tersebut telah ditarik kelayakan untuk memandu, dan diberikan Notis Kehadiran Mahkamah yang akan dibicarakan pada Disember ini. – FB NSW Police Force

Google ads
"
"
Back to top button