Buletin

UMW TOYOTA CATAT JUALAN 6,366 UNIT TOYOTA DAN 66 LEXUS PADA FEB 2022. NAIK 27% BERBANDING FEB 2021 

UMW Toyota Motor terus mencatat prestasi jualan yang positif pada Februari apabila berjaya menyerahkan 6,366 unit Toyota dan 66 Lexus kepada pelanggan.   

Ini merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding 5,026 unit Toyota dan 48 Lexus pada Februari 2021. Jenama bukan nasional No. 1 itu optimis terhadap tahun 2022 dengan promosi Mac yang sedang berlangsung sekarang menawarkan nilai tambah bernilai RM4,000 ke atas model paling laris Toyota Vios dan Yaris, selain model-model yang akan dilancarkan kelak. 

Bulan lalu, UMW Toyota Motor memperkenalkan Toyota Camry yang telah dipertingkatkan. Dibina di atas platform TNGA, Camry 2022 kini menggunakan enjin 2.5 Dynamic Force dan kotak gear Direct Shift 8 kelajuan ang menawarkan prestasi serta penjimatan terbaik. 

Bulan lalu, UMW Toyota Motor menganjurkan beberapa inisiatif yang membantu komuniti. Ini termasuklah sumbangan sebanyak RM140,000 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan (NCSM) untuk membeli mesin  Digital Doppler Ultrasound bagi tujuan rawatan pesakit kanser. 

Syarikat itu juga menamatkan Pertandingan Dream Car Art kali ke-15 yang berjaya menarik minat lebih 2,300 penyertaan. Tiga orang pemenang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat dunia di Jepun. 

Bukan itu sahaja, UMW Toyota Motor telah melancarkan sebuah cawangan 2S dengan perkhidmatan badan dan cat di Skudai, Johor sebagai sebahagian daripada memberikan kualiti terbaik Toyota dan memudahkan para pelanggannya di sana.  

Pembukaan pusat 2S itu merupakan hasil kerjasama dengan  Super Evergreen (Nusajaya) Sdn. Bhd. bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian meningkat.  

Maklumat lanjut, sila layari laman web Toyota.com.my atau hubungi Toyota Freephone di talian 1-800-8-

TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button