Buletin

UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN 5,383 UNIT PADA JANUARI 2025

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) terus menunjukkan prestasi kukuh dalam industri automotif Malaysia dengan mencatatkan jumlah jualan sebanyak 5,383 unit pada Januari 2025.

Dengan komitmen berterusan terhadap kualiti, inovasi, dan kepuasan pelanggan, syarikat ini bersedia untuk mengukuhkan momentum ini sepanjang tahun.

Salah satu faktor utama kejayaan Toyota ialah penekanan terhadap inovasi prestasi dan pengalaman pemanduan yang lancar, diperkuatkan menerusi jenama Gazoo Racing (GR).

Baru-baru ini, GR Yaris 2025, GR Corolla dan Corolla GR Sport diperkenalkan semasa majlis penutupan Toyota Gazoo Racing (TGR) Musim 7.

Model-model GR ini menggabungkan teknologi perlumbaan dengan praktikaliti harian, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mendebarkan dan penuh prestasi.

Kejayaan jenama GR membuktikan minat yang semakin meningkat terhadap kenderaan berprestasi tinggi tetapi masih sesuai digunakan dalam kehidupan seharian.

Menurut UMWT, GR Yaris dan GR Corolla membawakan teknologi perlumbaan terus ke jalan raya dengan pengendalian yang tepat, kecekapan aerodinamik, dan pemanduan yang mengasyikkan.

Dengan permintaan terhadap kenderaan prestasi tinggi semakin meningkat, GR terus mengukuhkan reputasinya sebagai pilihan utama peminat automotif yang mahukan gabungan kuasa dan praktikaliti.

Bagi meraikan permulaan tahun baru, UMWT menawarkan penjimatan hebat melalui kempen “The Journey for Prosperity Begins”.

Pelanggan kini boleh menikmati potongan harga sehingga RM8,500 bagi model terpilih, dengan bayaran bulanan serendah RM658.

Selain itu, program Toyota Service Savers terus memberikan ketenangan minda kepada pemilik Toyota, dengan pelan penyelenggaraan berkos rendah bermula dari RM33 sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai model Toyota, tawaran promosi, dan perkhidmatan penyelenggaraan, layari www.toyota.com.my.

Google ads
"
"
Back to top button