
UMWT CATAT JUALAN 8,172 UNIT PADA SEPTEMBER
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan prestasi kukuh pada September 2025 dengan jumlah jualan sebanyak 8,172 unit, menjadikan jumlah keseluruhan bagi tempoh Januari hingga September mencecah 70,418 unit.
Pencapaian ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan Toyota sebagai jenama bukan nasional terlaris di Malaysia.
Toyota terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan Hybrid Electric Vehicle (HEV) menerusi kempen “HEV It All”, yang berlangsung dari September hingga November 2025.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kelebihan kenderaan hibrid yang tidak memerlukan pengecasan luaran, menjadikannya pilihan mesra alam dan mudah digunakan oleh pemandu tempatan.
Antara kelebihan utama kenderaan hibrid Toyota ialah:
- Sistem pengecasan sendiri – bateri dicas secara automatik ketika pemanduan, menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon.
- Waranti menyeluruh – jaminan bateri HEV selama lapan tahun dan waranti kenderaan selama lima tahun, kedua-duanya tanpa had perbatuan.
- Ketahanan dan kebolehpercayaan tinggi – ciri Quality, Durability, Reliability (QDR) yang menjadi tanda dagang Toyota.
Antara model hibrid yang ditawarkan ialah Innova Zenix tujuh tempat duduk, Corolla Cross HEV dan Camry HEV, yang masing-masing memenuhi keperluan berbeza pengguna tempatan.

Selain menumpukan kepada kualiti produk, UMWT turut memperkukuh pengalaman pemilikan pelanggan melalui pelbagai inisiatif seperti program Toyota Extra Mile dan aplikasi Toyota MY App, yang memudahkan pelanggan membuat tempahan servis dan menikmati kemudahan selepas jualan di seluruh negara.
Program Toyota Service Savers pula menawarkan penjimatan sehingga 10 peratus untuk alat ganti dan upah kerja, dengan pelan penyelenggaraan serendah RM31 sebulan bagi memastikan kos pemilikan yang lebih terkawal.
Bagi menambah nilai kepada pelanggan, Toyota kini menawarkan rebat sehingga RM8,000 bagi model terpilih, selain tawaran menarik tambahan daripada pengedar sah di seluruh negara.
- BACA: ERC 2025 – MIKO MARCZYK AKHIRNYA DINOBATKAN SEBAGAI JUARA ERC DI CROATIA
- BACA: GWM BAKAL LANCAR SUPERCAR SENDIRI – KUASA 1,000HP, HARGA RM1.3 JUTA!
- BACA: HONDA MALAYSIA TAWAR GANJARAN EKSKLUSIF, CITY JIMAT SEHINGGA RM10,000 DAN CR-V SEHINGGA RM17,000
- BACA: LYNK & CO 02 HEICO TAMPIL SPORTI DENGAN SPRING SPORT, RIM 21 INCI, PIRELLI P ZERO





