Artikel Pilihan

UNDANG-UNDANG JALAN RAYA YANG PELIK

Undang-undang jalan raya digubal khas untuk menjaga keselamatan pengguna dan juga pemandu agar risiko kemalangan dapat dikurangkan. Jika anda menyampah dengan peraturan halaju kebangsaan 110km/j di lebuh raya, percayalah terdapat banyak lagi undang-undang pelik yang digubal dan dilaksanakan di seluruh dunia.

Jadi hari ini kita semak undang-undang merapu yang wujud.

1. Di Russia, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya anda memandu kenderaan yang kotor samaada di bahagian luar ataupun dalam kereta. Kereta anda mestilah dalam keadaan bersih setiap masa ataupun bersedia untuk disaman dengan nilai RM 238. Proses pencucian kereta hanya boleh dilakukan di rumah atau di pusat cucian sahaja. Rasanya undang-undang ini juga digunakan di Singapore.

2. Di Belanda, jika anda didapati bersalah memandu 2 kali ganda halaju yang ditetapkan oleh pihak polis maka hukumannya sangat teruk. Kereta anda boleh disita oleh pihak berkuasa dan dilucut hak. Tahun lepas sebuah Buggati Veyron dirampas apabila dipandu pada 160km/j di kawasan 80km/j. Kalau kat Malaysia rasanya bersepah Myvi kena sita

3. Di Jerman, lebuhraya Autobahn tidak memiliki larangan halaju. Best kan. Tapi apabila menggunakan lebuhraya Autobahn, pastikan anda mengisi penuh tangki bahan api kereta anda. Jika kereta anda kehabisan petrol dan tersadai di laluan kecemasan, anda akan disaman.

4. Di Jepun terdapat satu undang-undang melarang pemandu kereta memercikkan air yang ada di atas jalan kepada pejalan kaki. Sekiranya tertangkap mereka boleh disaman.

5. Selain terkenal dengan undang-undang pencemaran udara yang ketat, California terkenal dengan satu undang undang pelik di mana pemandu dilarang sama sekali menembak haiwan sewaktu memandu kecuali ikan paus. Celah mana ikan paus naik atas darat.

6. Undang-undang jalanraya Sepanyol menyatakan jika anda seorang yang rabun dan perlu memandu, anda perlu menyimpan satu cermin mata tambahan di dalam kereta. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan anda di saman.

7. Undang New Jersey melarang semua pemandu yang diberhentikan oleh polis sewaktu memandu untuk bermasam muka atau mengerutkan dahi sewaktu ditahan. Jika didapati muka anda masam maka anda akan disaman serta merta

8. Di Cyprus, terdapat satu undang-undang khas yang melarang pemandu makan dan minum sewaktu memandu walaupun seteguk kopi. Komunis betul undang-undang ini. Undang undang ini juga terpakai di Perancis dimana jika tertangkap makan sewaktu memandu anda akan didenda RM 172

9. Di Denmark, terdapat satu peraturan khas yang menyatakan bahawa pemandu wajib memeriksa bahagian bawah kereta sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi memastikan bahawa tiada sesiapa yang bersembunyi di bawah kereta sewaktu ia dihidupkan

10. Amerika memiliki undang-undang yang berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Jadi banyak peraturan merapu yang digubal oleh mereka sesuka hati. Salah satunya ialah pemandu dilarang membunyikan hon ketika memandu selepas 9 malam.

11. Switzerland melarang pemilik kereta untuk memabsuh kereta pada hari ahad. Mungkin hari ahad hanya boleh moto atau basikal saja.

12. Pihak berkuasa Thailand menetapkan bahawa semua pemandu dan penumpang yang menaiki kereta, bas, teksi atau tuk-tuk untuk sentiasa memakai baju tanpa samada lelaki ataupun perempuan. Penulis tak pasti kalau peraturan ini terpakai pada manusia yang menukar jantina di sana.

13. Jepun melarang keras penggunaan alkohol sewaktu memandu. Selain mendenda pemandu yang mabuk, mereka juga akan mendenda penumpang yang berada dalam kereta dipandu oleh pemabuk. Hukumannya ialah penjara.

14. Perancis juga mentapkan satu undang – undang dimana semua kereta wajib membawa satu set alat pengesan nafas breathalyzer yang belum digunakan dalam kereta sepanjang masa. Ia memudahkan polis membuat pemeriksaan pada pemandu tapi kalau tak mabuk pun kena bawak. Pening….

15. Di Sacndinavia pemandu diwajibkan membuka lampu utama sewaktu memandu tanpa mengira ia musim panas, luruh, salji ataupun bunga. Lampu wajib dipasang samaada waktu malam ataupun siang. Jika anda terlupa pemandu lain akan memberi amaran pada anda ataupun polis akan menyaman anda.

Google ads
Back to top button