Buletin

MUAT TURUN APLIKASI CALTEXGO SEKARANG. TERIMA CACHBACK SEHINGGA RM10 DAN PELBAGAI GANJARAN LAIN

Chevron Malaysia Limited yang memasarkan jenama Caltex hari ini melancarkan aplikasi pembayaran CaltexGO untuk pelanggan di Lembah Klang. 

Aplikasi itu menawarkan pelanggan cara lebih mudah untuk membayar minyak, mengumpul dan menebus poin kad JOURNEY. Selain mencari stesen minyak dan melihat resit mereka. 

Anda hanya perlu membuka aplikasi dengan satu kad yang dan kad JOURNEY telah didaftarkan, nyatakan stesen, nombor pam dan jumlah minyak yang ingin diisi. Mereka juga boleh menebus poin sebelum membuat pembayaran. 

Sebagai sebahagian daripada transformasi digital, Chevron menggunakan proses yang telus untuk membangunkan CaltexGO. Ia mengumpul maklum balas daripada pengguna CaltexGO di Singapura, Thailand, keluarga dan rakan-rakan Caltex, selain belajar daripada amalan terbaik dalam industri untuk membangunkan produk akhir. 

Walaupun peringkat awal CaltexGO hanya ditawarkan pada pengguna di Lembah Klang, namun mereka yang berada di negeri lain boleh menggunakannya bermula separuh pertama 2022. 

Pengguna CaltexGO juga berpeluang menerima rebat dan ganjaran menarik. Pengguna pertama yang mengisi minyak minimum RM30 akan menerima cashback sebanyak RM5. Mereka juga akan menerima sekali lagi cashback RM5 dengan pembelian minimum RM30 untuk pembelian kedua berturut-turut (dihadkan kepada RM10 bagi setiap pelanggan sepanjang tempoh promosi sehingga 31 Disember 2021). 

Jangan lupa muat turun aplikasi CaltexGO di Google Play atau Apple App Store hari ini. 

Google ads
Back to top button