Buletin

PERSICO ZAGATO 100.2 – HYPERBOAT ELEKTRIK MEWAH

Bila sebut nama Zagato, pasti anda akan teringat barisan model-model eksklusif yang pernah mereka hasilkan, namun kali ini, Zagato cuba menghasilkan sesuatu yang baharu.

Kerjasama dengan Persico Marine telah membuatkan sebuah produk baharu hyperboat berkuasa elektrik Persico Zagato 100.2.

Ia memiliki dimensi sepanjang 7.9 meter, serta binaan bahan komposit yang menjadikan berat keseluruhan bot ini kurang dari 2,500 kg sahaja.

Secara standard, bot ini boleh didapati dalam varian Sport dengan pek bateri 83 kWh, jet pod berkuasa elektrik 275 hp dengan kelajuan 26 knot (48.2 km/j) dan kelajuan tertinggi 43.5 knot (80.6 km/j), dan jarak pelayaran sejauh 28 batu nautika (52.5 km).

Versi Long Range pula menambah sebuah lagi pek bateri 83 kWh, namun ia merendahkan kelajuan pelayaran kepada 24 knot (44.5 km/j) manakala kelajuan tertinggi juga menurun kepada 36 knot (66.7 km/j).

Namun, jarak pelayaran bertambah kepada 47 batu nautika (88.1 km).

Tidak banyak perincian didedahkan buat masa ini, melainkan ia hadir dengan kokpit yang minimalis, instrumentasi digital, cermin hadapan yang pendek, serta kemasan kayu yang menawan.

Terdapat tempat duduk tambahan di bahagian belakang, membolehkan anda membawa empat orang pada satu-satu masa.

Difahamkan, hanya sembilan unit sahaja yang akan dibina, dan setiap seorang pemilik akan diberikan kebebasan untuk menetapkan apa jua ciri dan kemasan yang bersesuaian dengan cara yang eksklusif.

Google ads
Back to top button