Buletin

LUNAZ MEMPERKENALKAN RANGE ROVER SAFARI SEBAGAI KERETA ELEKTRIK PULA

Pengubah suai kereta konvensional kepada kereta elektrik terkemuka, Lunaz telah mendedahkan kereta klasik elektrik terbaharunya, model dengan bumbung terbuka, Range Rover Safari 1983 (model jarak roda pendek). Menariknya, ianya juga merupakan varian yang sama dipacu oleh James Bond dalam filem Octopussy 1983.

Lunaz sememengnya dikenali dengan mengangkat martabat kereta klasik dan lama kepada sebuah model moden tetapi masih mengekalkan paras rupa kereta yang cantik dan juga elegan. Dan Lunaz sekali lagi melakukannya dengan melakukan kerja – kerja restorasi terhadap model Range Rover Safari dengan cukup halus dan teliti dari segi luaran dan juga dalaman.

Secara khususnya, badan dan casis telah diperkukuh dengan ketara untuk mengekalkan kekuatan dan kestabilannya walau pun tanpa bumbung, dan untuk menyediakan platform yang teguh untuk rangkaian kuasa elektrik yang dinaikkan sepenuhnya. Walau pun terdapat penambahbaikan struktur yang ketara, kerja binaan bahagian luaran asal adalah sama dengan model yang asal. Dan akhirnya, layangan warna ‘Maya Blue’ telah diberikan pada badan Range Rover Safari ini.

Papan pemuka dan ruangan dalaman ringkas yang asal telah digantikan dengan rekaan konsol bercetak 3D baharu. Ianya telah direka, dibangunkan dan dikilangkan secara dalaman selama dua tahun dan akan ditampilkan dalam semua Range Rover elektrik oleh Lunaz yang berpangkalan di Silverstone UK.

Sistem infohiburan moden lengkap dengan sambungan Apple Car Play & Android Auto, paparan kamera undur, kawalan pendingin hawa & sistem pemanasan digital, dan juga pot pengecasan USB-C adalah diantara ciri moden yang telah dilengkapi pada model SUV klasik ini.

Tempat duduk di dalam kereta juga telah direka bentuk semula sepenuhnya untuk meningkatkan estetika, keselesaan dan juga tahap ergonomik. Kedua-dua tempat duduk pemandu dan penumpang dipanaskan dan menggunakan bahan pelapik proprietari yang dibangunkan untuk model Rolls-Royce dan Bentley yang dikitar semula Lunaz. Dan kesemua proses pembuatanya mengambil masa lebih daripada 1,000 jam untuk pembangunan dan juga produksi akhir.

Powertrain 280kW telah dikonfigurasikan mengikut keutamaan pemilik yang menghasilkan 375 kuasa kuda. Selain daripada peningkatan kuasa berbanding enjin V8 asal, yang pasti ianya telah berupaya menghasilkan emifi sifar.

Range Rover Safari ini juga telah dinaik taraf dengan menggunakan peredam boleh laras, brek cakera enam dan empat piston masing-masing dipasang di hadapan dan belakang, serta brek regeneratif. Jarak kelegaan dari permukaan juga dikekalkan seperti asal bagi memberikan imej sebuah SUV yang mampu mengharungi sebarang permukaam muka bumi tanpa masalah.

BACA : ROLLS-ROYCE SILVER CLOUDE II KINI BERUBAH MENJADI EV

BACA : BENTLEY S2 CONTINENTAL GUNA ELEKTRIK! DIUBAH SUAI LUNAZ DESIGN DI UK

Google ads

B K

Back to top button