Buletin

VANDA DENDROBIUM – SUPER CAR PERTAMA SINGAPURA DILANCARKAN SECARA RASMI

Awal tahun ini, Vanda Electrics mengumumkan Singapura akan menghasilkan supercar sulung mereka yang dikenali dengan nama Dendrobium – diisnpirasikan dari satu spesis bunga orkid. Mereka akan pamerkan kereta ini buat kali pertamanya di Pameran Motor Geneva ke 87 yang sedang kini berlangsung.

Apa yang menariknya? Idea.

Ia adalah idea untuk melahirkan kereta sports berkuasa elektrik sepenuhnya dan jika idea itu nampak macam angan-angan tinggi, Vanda mengumumkan juga mereka bekerjasama adengan pasukan William F1.

Vanda Electric bekerjasama dengan Williams Advanced Engineering di mana William bertanggungjawab membangunkan sudut rekabentuk dan aerodinamik, komposit, bateri dan motor elektrik.

Menurut CEO Vanda Electrics “Dendrobium ialah impian kejuruteraan masa depan, pasukan kami sudah mengenengahkan idea ini sejak pertengahan dekad 90-an lagi. Memandangkan perkembangan teknologi kini sudah jauh merentasi dekad pra milenium, kami rasa sudah sampai masanya Dendrobium diperkenalkan kepada dunia”

Kereta ini dibina dengan rekabentuk futuristik dan cukup kompleks. Badannya diperbuat dari bahan gentian karbon dengan kerangka monocoque serta brek karbon seramik. Mungkin yang paling menonjol ialah rekaan lampu hadapan LED dan juga cara bukaan pintunya seperti “rama-rama” – dibuka songsang ke belakang.

Walaupun ada khabar ia bakal menggunakan motor elektrik bersamaam 1,500 kuasa kuda, tiada angka rasmi didedahkan semasa pelancaran semalam. Syarikat ini memberitahu ia akan dipadankan dengan motor elektrik bebas pada setiap gandar. Prestasinya dijangka mampu memecut sehingga 320km/j dan 0-100km/j pada 2.7 saat.

Vanda juga menambah, mereka sedang cuba mempamerkan idea ini kepada dunia dan jika sasaran tempahan dipenuhi, ia akan diproduksi pada tahun 2020.

Harap-harapnya begitulah. Jangan tinggal konsep saja. Kan?

Mazda CX30

BACA: LUCID AIR, SUPERCAR ELEKTRIK 1000HP

BACA: MOTOSIKAL ELEKTRIK PACUAN 2 RODA

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button