" "
Motosikal

HONDA MONKEY EDISI ULANG TAHUN KE-50

Bagi meraikan motosikal Monkey yang asal, Honda Jepun telah melancarkan model Honda Monkey Ulang Tahun yang ke-50.

Jentera kecil itu menerima emblem 3D yang unik dan skim warna putih mutiara. Honda Monkey dikuasakan oleh enjin 49cc dengan sistem penyejukan udara dan pancitan bahan api yang dipadankan bersama kotak gear empat kelajuan.

Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 3.4PS pada 8,500rpm dan tork puncak 3.4Nm pada 5,000rpm. Hanya seberat 68kg, ia mempunyai jarak kelegaan tanah 145mm.

Fender hadapan dan belakang model ulang tahun ini dicat dengan warna putih Shasta. Sementara kerangka, fork hadapan, lengan ayun, perumah lampu utama dan jalur pada bahagian atas tangki minyak dilayangkan dengan warna merah. Tempat duduk pula hadir bersama corak yang meniru model asalnya.

Dari segi dimensi, Honda Monkey memiliki panjang 1,365mm, 600mm lebar dan tinggi 850mm. Tempat duduknya setinggi 660mm.

Ditawarkan pada harga JPY 352,080 (RM13,700) seunit, Honda mensasarkan untuk menjual 1,800 model istimewa ini.

BACA: BOON SIEW HONDA PERKENAL WARAN BARU CB650F & CBR650F

BACA: YANG DINANTI SUDAH TIBA – BOON SIEW LANCAR HONDA MSX-125, RM11,128 

Google ads
Back to top button