Buletin

PROMOSI MAGNIFICENT TOYOTA SEPANJANG MAC 2017

UMW Toyota Motor kini sedang mengadakan promosi jualan sepanjang bulan Mac 2017. Dikenali sebagai ‘Magnificent Drive’m semua pengedar sah dan cawangan Toyota di seluruh negara akan menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000 ke atas model-model terpilih Toyota. Malah, servis atau aksesori percuma turut diberikan kepada model-model tertentu.

Semua tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada. Rujuk jadual di bawah untuk perinciannya:

Sedia maklum bahawa semua model Toyota hadir bersama jaminan selama lima tahun dan jarak perbatuan tanpa had (kecuali untuk Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000).

Bagi Camry Hybrid, pek bateri untuk sistem Toyota Hybrid Synergy Drive diberi jaminan sehingga lapan tahun. Jaminan itu juga boleh dipindahkan kepada pemilik baru jika ia dijual dalam tempoh jaminan.

BACA: TOYOTA 2000GT – KERETA KLASIK TERMAHAL JEPUN KINI BERUSIA 50 TAHUN

BACA: TOYOTA YARIS GRMN GUNA ENJIN SUPERCHARGED 1.8L BERKUASA 205hp

Pada 10 hingga 12 Mac, bilik pameran Toyota di seluruh negara akan mengadakan acara Toyota Showroom Weekender. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: Toyota.com.my atau hubungi TOYOTA FREEPHONE: 1800-8-TOYOTA (869682).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button