Buletin

VESPA GTS 300 SUPER DILANCARKAN – NAH, SEDAP BUAT BALIK KAMPUNG RAYA NANTI!

Vespa tetap sebuah Vespa. Ia adalah skuter ikonik itali yang telah mencetak sejarah pengeluaran skuter seluruh dunia. Hari ini, hampir semua pengeluar motosikal menghasilkan skuter sendiri sedangkan Vespa dari dulu kekal sebagai pembuat skuter, tak pernah buat motosikal.

Sebentar tadi telah dilancarkan varian terbaru GTS Super 300. Baiklah, jika kau bukan seorang pengikut jenama Vespa pasti agak keliru dengan penggunaan lencana nama misalnya GT, GTS, i-GET, Super, 125, 150 dan 300.

Jangan bimbang sebab Abang Japar pun ambil masa nak faham susur galur model Vespa ni.

Ini ialah Vespa GTS Super 300. Nampak macam biasa sahaja macam GTS 150 kan? Nampak macam dah ada dalam pasaran je orang duk iklan kat mudah kan?

Betul.

GTS Super 300 ni memang dah ada dalam pasaran sejak tahun lepas lagi. Cuma bezanya, ketika itu ia dibawa masuk terus dari Itali dengan harga seumpama Maharaja Firaun. RM36,000 untuk sebuah skuter 300cc mungkin kau terpaksa bergaduh dengan isteri, ibu mertua dan ketua kampung untuk menjustifikasikan pembelian. Sangat mahal sebenarnya. (Yelah Vespa pun dah sedia mahal kan?)

BACA: FAKTA UNIK TENTANG SEBUAH VESPA

Bagi tujuan itu, Naza Premira, pemegang hak jenama Vespa di Malaysia telah mengambil keputusan untuk membawa masuk skuter ini yang kini dipasangkan di Vietnam.

Dengan perjanjian AFTA (Asian Free Trade Area), cukai motosikal ini jauh lebih rendah dan membolehkannya dijual pada harga yang jauh lebih murah.

RM25,540 (sebelum GST)

“Pergh baik beli Yamaha R25!” – ujar Abdul Razak bin Jamal, seorang kerani penghantar di Kuala Lumpur yang memiliki sebuah Honda RS150R loan EON 9 tahun muka 0 bila kira balik bayar dekat 20K.

“Hah! 25K? baik beli Myvi sekenhen! ada bumbung tak kena hujan” – kata Rostam bin Majid yang pernah memiliki Honda Jazz piang kereta Singapore tapi kantoi dengan kastam nasib baik sempat lari, kereta je kena rampas.

“Apa? 25K?. OK, aku nak tempah 2 bijik. Murah tu” – Kata Abang Japar di Starbuck sambil menyedut asap Mevius Light dan merenung buletin mekanika.com.my di iPhone X. Abang Japar juga ada sebuah Vespa GTS Super 150 yang digunakan untuk ke surau, sebuah BMW S1000 HP4 Carbon dan beberapa buah Panigale yang dipasangkan dengan kotak Givi – senang pergi pasar.

Baiklah berbalik kepada Vespa GTS 300 Super ni. Ia sebuah Vespa premium Itali dengan enjin yang paling besar yang boleh kau beli. 

Berbeza dengan enjin dari varian 125 dan 150 i-Get yang dipasangkan di Vietnam sepenuhnya, enjin 300cc ini dipasangkan di Itali, dieksport ke Vietnam untuk pemasangan CKD lengkap.

Dikenali dengan nama enjin Quasar, ia menampilkan kebuk berkapasiti 278.3 cc dengan penghasilan kuasa 21.2 hp @ 7,750 rpm dan tork 22 Nm @ 5,000. 

Menurut pihak Naza Primeira, tak banyak perubahan berbanding motdel import penuh dari Itali. Ia masih dikekalkan dengan beberapa fungsi sebelum ini seperti  Anti Slip Regulation (ASR) – berfungsi sebagai kawalan traksi dan sistem brek ABS depan dan belakang.

Model ini juga ddipanggil dilengkapi dengan pengesan kecondongan (Tilt Sensor) yang merupakan ciri keselamatan unik. Ia adalah pengesan yang menghantar isyarat kepada kotak komputer utuk mematikan enijn bila motosikal condong melampau. Contohnya ketika motosikal tumbang atau terlibat dalam kemalangan.

Serentak dengan pelancaran ini, GTS SUPER 300 sudahpun boleh ditempah di mana-mana pengedar Vespa yang dilantik. 

Dalam kategori 300 di pasaran Malaysia ni cuma ada Aprilia SR MAX 300 dan Honda NSS Forza yang masing-masing dijual pada lingkungan harga RM30K. 

 

 

Google ads
Back to top button