BuletinMotosikal

VESPA KINI LEBIH MERIAH, VARIAN TERBARU S125 KINI DENGAN ENJIN I-GET

Bersempena dengan pelancaran Naza Autofest hari ini, Naza Primera mengambil kesempatan memperkenalkan model Vespa S125 yang dikuasakan oleh enjin I-GET generasi baru.

I-GET adalah singkatan bagi Italian Green Experience Technology adalah teknologi terbaru yang menggabungkan penjimatan bahanapi dan juga peningkatan prestasi. Enjin satu selinder, 3 injap, 4 lejang 125cc sejukan udara ini dilengkapi dengan sistem pancitan bahanapi elektronik.

BACA: VESPA S125 DILANCARKAN

Sistem suntikan bahanapi ini telah dipertingkatkan dari segi prestasi pembakaran sementara kotak komputernya datang dengan pengesan barometrik yang menjanjikan pembakaran maksimum dalam apa juga keadaan. Ia telah disesuaikan dengan sistem Start & Stop yang mendapat piawaian Euro 3.

Kuasanya kini 10.2 hp pada 7,600 rpm dan tork 10.2Nm pada 6,000 rpm. Ia cukup sesuai untuk perjalanan dalam bandar yang memerlukan kuasa pada putaran enjin rendah si samping trafik berhenti dan jalan.

Antara ciri-ciri penting enjin ini ialah;

  • peningkatan inertia crankshaft sebanyak 24 peratus
  • Motor penghidup baru – lebih senyap
  • Penutup kotak gear baru, mengurangkan bunyi bising dan menghasilkan ketegaran lebih baik.
  • Sensor barometrik – beri lebih kelebihan dan ketepatan pada pembakaran.
  • Sistem ekzos baru sepenuhnya – lebih senyap dan lancar

Model terbaru ini dijual pada harga RM12,600 (dengan GST) dan didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun. ia sudah boleh ditempah bermula hari ini.

GALERI

Google ads
Back to top button