Buletin

HONDA CIVIC TYPE-R KINI DI INDONESIA – MALAYSIA MACAM TAK LAMA DAH…

Okay Dalam ruang pameran yang penuh sesak, PT Honda Prospect Motor mencipta sejarah apabila menjadi negara ASEAN (pemanduan sebelah kanan) kedua selepas Singapura yang melancarkan jentera berprestasi tinggi, Honda Civic Type-R 2017 sebentar tadi.

Sebaik sahaja kain penutupnya disingkap, tepukan gemuruh memenuhi ruang acara Gaikindo Indonesia International Motor Show 2017 (GIIAS 2017) yang berlangsung di Indonesia Convention Exhibition, BSD City, Tangerang, Indonesia.

Honda Civic Type R Indonesia

Kalau anda berada di Jakarta, boleh datang ke sini kerana GIIAS akan membuka pintunya kepada pengunjung bermula hari ini (10 Ogos) hingga 20 Ogos (Ahad minggu depan). Sempat lagi kalau nak beli tiket AirAsia ni.

Sebelum ini, pengedar sah kenderaan jenama Honda di republik itu membuatkan negara jiran (baca Malaysia) makan hati apabila memperkenalkan Civic Hatchback pada Jun lalu.

Ye lah, tahun lepas Honda kuasai 20 peratus jualan di Indonesia dengan jualan hampir 200,000 unit.

Honda Civic Type R pertama kali dilancarkan secara rasmi di Indonesia sebenarnya. Kita pula sepuluh tahun lepas melalui Civic Type R FD2R.

Berbalik kepada cerita Honda Civic Type-R. Menggunakan kod FK2R, jentera tersebut sememangnya sentiasa mendapat perhatian sejak ia tampil sebagai model konsep pada acara Geneva Motor Show 2014.

Honda Civic Type R Indonesia

Hanya setahun kemudian, model produksinya pula dipertontonkan kepada umum, juga di acara Geneva Motor Show 2015. Kenapa Type-R ni popular sangat haa? Tanya seorang fanboy kereta sport kuning.

Banyak sebab sebenarnya. Ikut macam mana anda melihatnya. Antara sebab utamanya ialah Civic Type-R menjadi antara model penting yang meneruskan kesinambungan zaman pengeluar Jepun begitu obses untuk menghasilkan jentera berprestasi tinggi (tahun 1990-an hingga awal 2000), pada harga mampu milik, bergantung kepada negara mana anda tinggal.

Honda Civic Type R Indonesia

Apatah lagi sekarang Type-R seperti keseorangan. Ye lah, Mitsubishi sudah hentikan produksi Lancer Evo. Manakala hala tuju pengeluar Jepun lain macam Subaru atau Nissan pula kurang jelas.

Selain itu, Type-R dilihat masih mengekalkan DNA asalnya. Sebagai contoh, ia terus menggunakan pacuan roda hadapan, malah berjaya menjadi jentera FWD yang paling laju di litar Nurburgring, Jerman sebelum ini.

Tapi tidak tahu lah sama ada Renault Megane yang baru nanti boleh padam rekod Type R. Hal Nurburgring ini jangan buat main.

Jentera yang memang cun dalam warna merah dan putih itu dijana oleh enjin VTEC Turbo baharu bersesaran 2.0 liter. Mampu mencatat sehingga 310PS dan tork puncak 400Nm pada 2,500rpm, ia menjadi enjin paling ekstrem dan berkuasa pernah Honda dalam 22 tahun penghasilan Type-R.

Enjin ini adalah sebahagian daripada Teknologi Earth Dreams Honda. Ia dilengkapi sistem pengecas turbo termaju dan VTEC yang menawarkan kuasa tork pada rpm rendah dan pecutan mengujakan.

Tidak seperti pesaingnya yang lain, Civic Type-R terus setia menggunakan kotak gear manual enam kelajuan. Menurut pasukan jurutera yang bertanggungjawab, kotak gear automatik terlalu berat dan boleh menjejaskan dinamik pengendaliannya. Ha apa? Klac bekembar? Apa? Apa?

BACA: TRANSMISI AUTO TERLALU BERAT BUAT CIVI TYPE-R – TIMBALAN KETUA PROJEK CIVIC

Civic Type-R ni, kalau nak cerita sampai pagi lusa pun belum tentu habis.

Bagi pasaran Indonesia, Civic Type-R ditawarkan pada harga 995 juta rupiah atau kira-kira RM 320,000 seunit. Terdapat empat warna iaitu Putih (champion white), Merah (rallye red), Hitam (crystal black pearl) dan Kelabu (polished metal metallic).

Honda Civic Type R Indonesia

Sibuk cerita pasal pelancaran di negara lain, Malaysia pulak macam mana? Honda Malaysia nak jual atau tidak? Mengikut firasat abang Japar, masanya akan tiba tidak lama lagi.

Kalau tak mahu jual, buat apa susah-susah bawa wartawan pergi Jerman untuk sesi pandu uji dan Jakarta untuk pelancaran ini. Kau rasa?

Apa? Mahal? Cukai mentekedarah? Mercedes A45 AMG, VW Golf R tu mahal juga. Ada je orang beli.

GALERI HONDA CIVIC TYPE R WARNA RALLYE RED – CANTIK PULA WARNA NI KAN

Google ads
Back to top button