
VGM FOKUS KEPUASAN PELANGGAN
Volkswagen Group Malaysia (VGM) baru-baru ini mengumumkan bahawa 20 pusat servis sah Volkswagen di Semenanjung Malaysia akan dibuka pada hari Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang mulai 16 Mac 2014 untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Langkah itu dibuat sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan selepas jualan dan kepuasan pelanggan. Ia dilihat selari dengan pelan pertumbuhan jenama automotif utama Eropah tersebut di Malaysia.
Waktu operasi yang baru itu pasti memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada semua pemilik Volkswagen untuk menyelenggara kenderaan masing-masing.
Para pemilik kenderaan Volkswagen hanya perlu membuat temu janji beberapa hari sebelumnya, jika mahu kereta mereka diservis pada hari Ahad di pusat servis yang diingini.
“Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada para pelanggan, kami telah mengambil langkah untuk meningkatkan tahap kualiti servis demi memenuhi keperluan serta ekspektasi pelanggan di Malaysia,” kata Pengarah Urusan VGM, Christoph Aringer.
VGM juga menyatakan bahawa pihaknya kini sedang giat menjalankan program latihan profesional untuk kakitangan jualan dan selepas jualan di seluruh rangkaian pengedar serta pusat servisnya.
Pusat servis sah Volkswagen yang akan dibuka pada setiap hari Ahad adalah seperti berikut:
No | Pusat Servis | No. telefon |
1 | Volkswagen Georgetown | 04 2826 333 |
2 | Volkswagen Glenmarie | 03 5567 0691 |
3 | Volkswagen Ipoh | 05 5063 133 |
4 | Volkswagen Jalan Ipoh | 03 6259 6669 |
5 | Volkswagen Juru | 04 5022 999 |
6 | Volkswagen PJ | 03 7960 0801 |
7 | Volkswagen Sungai Besi | 03 9236 2929 |
8 | Volkswagen Skudai | 07 237 9301 |
9 | Volkswagen TTDI | 03 7725 3303 |
10 | CNB Auto Sdn Bhd (Klang) | 03 3318 8526 |
11 | CNB Auto Sdn Bhd (Old Klang Road) | 03 7983 3226 |
12 | CNB Auto Sdn Bhd (Tebrau) | 07 3617 860 |
13 | F.A Wagen Sdn Bhd (Alor Setar) | 04 7301 846 |
14 | F.A Wagen Sdn Bhd (Sg. Petani) | 04 4411 006 |
15 | Hicom Auto Sdn Bhd (Bayan Baru) | 04 6408 808 |
16 | Hicom Auto Sdn Bhd (Cheras) | 03 9074 3702 |
17 | Hicom Auto Sdn Bhd (Seremban) | 06 6321 551 |
18 | MHV Autohaus Sdn Bhd | 03 4026 9200 |
19 | N3 Auto Sdn Bhd | 06 2822 422 |
20 | Swire Motor Sdn Bhd (Puchong) | 03 5882 7288 |
Maklumat lanjut mengenai Volkswagen Group Malaysia dan portfolio produknya, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my