Buletin

VW HENTIKAN PRODUKSI GOLF KERANA TERLEBIH BEKALAN

Volkswagen dilaporkan bakal memberhentikan produksi model Golf di kilang utamanya di Wolfsburg, Jerman selama beberapa hari.

Volkswagen-Golf-halted-production-2016-mekanika (3)

Langkah tersebut diambil untuk menyeimbangkan semula produksi yang berlebihan sebelum ini. VW mengesahkan laporan akhbar Bild bahawa ia akan memberhentikan produksi Golf pada 4 hingga 7 Oktober dan 19-22 Disember 2016.

Pengeluar kenderaan terbesar dari Eropah itu menyatakan bahawa ia adalah pelarasan pengeluaran yang biasa. Ini kerana pengeluaran sebelum ini sedikit tinggi daripada yang dijadualkan selepas kilangnya ditutup sementara pada Julai lalu.

Volkswagen-Golf-halted-production-2016-mekanika (5)

VW pada masa yang sama menafikan laporan Bild bahawa pihaknya akan menghasilkan 15,000 unit lebih kurang model Golf pada tahun ini.

Golf ialah model kompak paling laris di Eropah. VW telah menjual 261,776 unit Golf di pasaran Kesatuan Eropah dan EFTA pada separuh pertama tahun ini. Ia merupakan peningkatan satu peratus, menurut penyelidik pasaran JATO Dynamics.

Volkswagen-Golf-halted-production-2016-mekanika (1)

VW mengalami masalah produksi berikutan wujud isu dengan para pembekal transmisi dam alat ganti tempat duduknya.

Google ads
Back to top button