Buletin

FORD EVEREST CONCEPT

Mengetengahkan gabungan terbaik dari segi kekuatan, gaya dan teknologi, Ford mempamerkan Ford Everest Concept pada acara Bangkok International Motor Show 2014. 

Ford-Everest-Concept-Mekanika (11)

“Ford Everest Concept menunjukkan hala tuju baharu dan berani yang kami bayangkan untuk sebuah SUV tujuh tempat duduk bersaiz sederhana yang direka bagi pasaran ASEAN dan global,” kata Presiden Ford ASEAN, Matt Bradley.

Ford-Everest-Concept-Mekanika (7)

Bakal dibina di Thailand, jentera ini disasarkan untuk pasaran kenderaan utiliti global yang berkembang sebanyak 13 peratus pada tahun 2013. Untuk makluman, Ford mendahului segmen ini pada tahun 2013 apabila menjual 1.2 juta unit kenderaan utiliti, meningkat sebanyak 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ford-Everest-Concept-Mekanika (4)

Lampu utama Ford Everest Concept disambungkan dengan gril berbentuk trapezoidal yang diletakkan tinggi pada bahagian hadapan. Rekaan ini membolehkan para pereka memaksimumkan dimensi lampu utama, menawarkan kefungsian lebih baik, di samping menyerlahkan kelebaran gril dan SUV ini.

Profailnya pula dibina dengan rekaan sisi badan yang kemas, sekali gus memberikan Ford Everest Concept penampilan moden dan sofistikated.

Ford-Everest-Concept-Mekanika (10)

Pada bahagian belakang, rekaan lampu yang agak kecil itu bagaimanapun tetap menyerlah. Ia membuatkan bahagian itu kelihatan tegap, kontras dengan reka bentuk empat segi dan pintu belakang rata yang ada pada SUV konvensional.  

Ford-Everest-Concept-Mekanika (8)

Digabungkan dengan ruang kelegaan tanah yang menunjukkan kemampuan off-road,  reka bentuk Ford Everest Concept menjadi refleksi kepada DNA SUV Ford yang seronok dipandu.

Bagi membuktikan fizikal yang lasak dan kemampuannya yang mengagumkan, Ford Everest Concept tampil dengan warna merah bersama percikan warna oren, dikenali sebagai “Sunset Flare”.

Ford-Everest-Concept-Mekanika (5)

“Ford Everest Concept adalah bukti bagaimana kami terus mengimplementasikan transformasi berasaskan kepada produk dan komitmen untuk menambah jumlah pengedaran kami di seluruh rantau ASEAN,” tambah Bradley.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button