Artikel PilihanBuletin

VIDEO INI MUNGKIN BUATKAN ANDA RASA NAK BEKERJA DENGAN PORSCHE

Hidup adalah satu impian dan impian bukan semua orang dapat capai dalam hidup. Ramai yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup dengan karier yang tak kena dengan minat mereka. Alhamdulillah, kami di mekanika suka dengan apa yang kami lakukan hari ini. Namun, bukan semua orang bertuah seperti kami, cari makan dalam dunia automotif.

Video pendek ini memaparkan kerjaya seorang kakitangan Porsche. Bukan sahaja anda, kami juga rasa ingin terbang ke Jerman esok minta kerja dengan mereka. Ia memang impian ramai orang, bekerja dengan syarikat kereta yang inovatif.

BACA: PORSCHE SENTUHAN PERTAMA RWB

BACA: 911 TURBO 2017 YANG LEBIH BERKUASA!

Tahukah anda di Malaysia ada banyak institut, universiti dan kolej yang fokus pada bidang automotif? jadi, adik-adik di luar sana yang sedang mempersiapkan diri, suka kereta dan motor, boleh mula merancang dari sekarang.

Sebagai permulaan, sila tonton video ini. Simpan impian dan cita-cita mana tahu satu hari nanti kami akan menulis tentang seorang rakyat Malaysia jadi jurutera rekabentuk di Porsche.

Abang Japar memang gila dengan 911!

 

Google ads
Back to top button