Buletin

AKIBAT REGULASI BARU TEKSI, UBER DI DENMARK TERPAKSA HENTIKAN OPERASI

Aplikasi perkongsian perjalanan (ride sharing) atau e-hailing atau kita lebih kenali sebagai uber/grab merupakan penyelesaian moden pengangkutan awam yang sangat bijak. Ia aplikasi yang hanya mengggunakan telefon bimbit tetapi berkesan menjadikan perjalanan efektif, cekap dan selamat dengan hanya menggunakan kereta penumpang persendirian sebagai platform.

Pun begitu, ia telah menjejaskan industri teksi di seluruh dunia. Bantahan demi bantahan dilakukan oleh industri pengangkutan berlesen. Namun seperti kebanyakan perkhidmatan yang berasaskan pengguna, ia mendapat sambutan meluas dan banyak negara sudah mula meletakan perkhidmatan ini sebagai sah di sisi undang-undang.

Berbeza halnya di Denmark, Uber terpaksa menghentikan operasi mereka di sana akibat desakan regulasi baru yang diluluskan pihak kerajaan. Undang-undang teksi baru di Denmark tidak memungkinkan Uber meneruskan operasi mereka. Menurut jurucakap Uber Kristian Agerbo, mereka akan menutup sementara operasi di Denmark bermula pada 18 April ini.

PERUBAHAN REGULASI TEKSI

Februari lalu, parlimen Denmark meluluskan regulasi teksi baru akibat dari desakan oleh pemandu teksi di negara tersebut. Undang-undang baru antara lain mewajibkan pemasangan meter dalam kenderaan serta pengesan pelanggan pada setiap kerusi untuk pengaktifan beg udara.

Uber membantah akta baru ini dan telah melancarkan petisyen dalam talian. Ia ditandatangai hampir 40,000 orang yang menentang pematuhan baru tersebut.

Menurut Uber, ia tidak perlu dilakukan kerana sistem yang mereka bina sudah cukup selamat dan memberikan penyelesaian yang ekonomikal tanpa mengabaikan keselamatan pemandu dan penumpang.

Untuk rekod, DI Denmar7k terdapat lebih 2,000 pemandu berdaftar dengan Uber dan lebih 300,000 pelanggan sejak dilancarkan pada tahun 2014

BACA: REBAT RM4,000 BELI IRIZ UNTUK UBER DAN GRAB

BACA: UBER DAN GRAB BAKAL SAH DI SISI UNDANG2

 

 

Google ads
Back to top button