Buletin

VOLKSWAGEN AKAN HASILKAN TRAK PIKAP AMAROK DENGAN FORD

VW Group dilapor telah menandatangani satu kontrak awal dengan Ford yag menyaksikan kedua-dua pengeluar kenderaan itu sama-sama membangunkan model gantian trak pikap Amarok. 

Amarok generasi baru bakal dibina menggunakan platform sama dengan Ford Ranger. Langkah itu pasti dapat membantu Volkswagen menurunkan kos pembangungannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kenderaan Komersial Volkswagen, Thomas Sedran menyatakan bahawa projek kerjasama lain dengan Ford akan diteruskan nanti. Ia mungkin melibatkan projek kereta berautonomi atu perkongsian platform. mobiliti elektrik. 

“Kami kini sedang serius berbincang untuk mendapatkan saham Argo, sebuah divisyen pemanduan berautonomi Ford.

Sebuah syarikat kerjasama yang menawarkan perkhidmatan mobiliti juga sedang dipertimbangkan. Kaputusan perbincangan ini akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa bulan lagi,” kata Sedram.

Ford membeli Argo AI (sebuah syarikat start-up berpangkalan di Pittsburgh) pada tahun 2017. Namun, kenaikan kos untuk membangunkan teknologi berautonomi membuatkan para pengeluar untuk menjalin kerjasama atau mendapat sokongan daripada pelabur luar industri. 

Bulan lalu, Volkswagen dikatakan bersedia untuk membuat pelaburan berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) ke atas Argo dan membahagikan kos pemilikan dengan Ford. Volkswagen kemudian akan melabur AS$1.1 bilion (RM4.48 bilion) sebagai modal kerja untuk operasi R&D Argo. 

Volkswagen dan Ford telah merasmikan kerjasama global mereka pada Januari lalu dan telah berjaya menjual lebih 1.2 juta kenderaan komersial sepanjang tahun lalu. 

Dengan permintaan terhadap trak pikap saiz sederhana dan van komersial dijangka meningkat alam tempoh lima tahun akan datang, ini mungkin menjadi salah satu kolaborasi dengan volum paling tinggi dalam industri. 

Google ads
Back to top button