Buletin

VOLKSWAGEN BEETLE BUG – RM146,888

Volkswagen Malaysia baru-baru ini menawarkan model Beetle Bug Edition dalam unit terhad kepada para pelanggannya di Malaysia.

VW-Beetle-Bug-mekanika (3)

Beetle Bug Edition diezakan menerusi kemasan sisi Volkswagen Bug, pelekat Bug, jalur pada badan dan logo Bug.  Jalur ‘perlumbaan’ itu nyata menambah rasa cool dan funky yang pastinya akan menarik minat ramai.

VW-Beetle-Bug-mekanika (6)

Berharga RM146,888 seunit, Volkswagen Malaysia hanya menawarkan 200 unit Beetle Bug Edition sementara stok masih ada. Didatangkan dalam lima warna iaitu coklat,  hitam, putih, kuning, dan merah, anda boleh menempahnya di semua pengedar Volkswagen di seluruh negara mulai Mei 2015.

VW-Beetle-Bug-mekanika (7)

Ketika mengumumkan pelancaran ini, Pengarah Pemasaran Volkswagen Malaysia, Martina Berg berkata, “Beetle Bug Edition adalah satu cara untuk kami berhubung dengan para peminat Beetle di Malaysia dan menawarkan mereka alternatif yang lebih menyeronokkan berbanding model asal Beetle.”

VW-Beetle-Bug-mekanika (4)

Sila kunjungi bilik pameran pengedar sah Volkswagen berhampiran untuk pandu uji dan melihat varian ini dengan lebih dekat. Maklumat lanjut, sila layari laman web: volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button