Pandu Uji

BANGKOK KE SINGAPURA DENGAN 1 TANGKI

Isuzu sekali lagi membuktikan keunggulan dari segi penjimatan bahan apinya apabila empat unit trak pikap Isuzu D-Max berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,809km dari Bangkok ke Singapura dengan menggunakan kurang daripada satu tangki bersaiz 76 liter.

Isuzu-D-Max-Bangkok-Singapore-mekanika (1)

Dikenali sebagai peneraju dalam penjimatan bahan api yang sukar digugat, kemampuan penerima  Anugerah Penjimatan Bahan Api Asean Auto untuk kategori trak pikap selama enam tahun berturut-turut itu itu memang tidak mengejutkan

Pencapaian bersejarah itu merupakan yang pertama buat Isuzu D-Max generasi kedua. Ia turut memperbaiki rekod generasi sebelumnya yang menamatkan pemanduan dari Bangkok ke Melaka dengan jarak sejauh 1,600km pada tahun 2001.

Isuzu-D-Max-Bangkok-Singapore-mekanika (7)

Trak pikap dan konvoi itu dipantau rapi oleh pegawai  Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Sebaik sahaja Cabaran Dura-Miles itu tamat, beliau turut mengesahkan bahawa semua kenderaan tersebut mengikut spesifikasi pengeluar.

Secara signifikannya, empat unit Isuzu D-Max itu – model 2.5 liter dan 3.0 liter bertransmisi manual dan automatik mempunyai ciri sama iaitu pacuan 4×4 yang boleh dipilih (selectable) dan sudah lama dilihat sebagai sistem yang tidak menjimatkan minyak.

DCIM102GOPRO

“Walaupun kenderaan pacuan empat roda menawarkan penyelesaian praktikal bagi mereka yang gemar menjalani gaya hidup aktif, ia juga mempunyai reputasi sebagai jentera yang tidak menjimatkan minyak.

“Namun, hasil daripada keseimbangan kuasa dan kejuruteraan Isuzu yang mengagumkan, Isuzu D-Max mampu menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api yang tiada tandingan kepada semua pengguna,” kata Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida yang berada di Pusat Penjelajahan Singapura untuk menyambut ketibaan konvoi terbabit.

Isuzu-D-Max-Bangkok-Singapore-mekanika (6)

Terdahulu, keempat-empat buah trak pikap itu dilepaskan dari pengedar Isuzu Ung Nguan Tai di Bangkok oleh Ishida; Ahli Jawatankuasa AAM, Ahmed Ismail; Naib Presiden Kanan Tripetch Isuzu Sales Co. Ltd., Panadta Chenavasin dan Naib Pengarah Urusan Jualan Ung Nguan Tai Isuzu, Tanavit Pitaksith.

Pengurus Kanan Jabatan Perancangan Produk dan Jenama Isuzu Malaysia, Wan Zaqi Zacary memberitahu, reka bentuk Isuzu D-Max yang ringkas tetapi sofistikated adalah antara penyumbang kejayaannya. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button