Motosikal

HONDA EX5 DREAM FI

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan model terbaharunya, Honda EX5 Dream FI yang merupakan generasi terkini siri EX5.

Honda-EX5-Dream-FI-mekanika (7)

Honda EX5 Dream FI dikatakan lebih berkuasa, menawarkan prestasi dinamik, lebih pantas, selamat dan memiliki penampilan lebih sporty.

Selain mengekalkan ciri-ciri seperti kualiti, praktikaliti, penjimatan bahan api dan bernilai untuk wang, jentera tersebut juga telah direka khas untuk pasaran Malaysia.

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.com

Ciri-ciri serba baharu pada Honda EX5 Dream FI dikatakan telah dibangunkan khas untuk pasaran Malaysia. Ia dibina berdasarkan kepada maklum balas dan komen daripada  pelanggan terhadap model EX5 Dream 110.

Untuk makluman, model ini merupakan versi naik taraf daripada model EX5 Dream 110 yang dilancarkan pada tahun 2013.

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.com

“EX5 FI ialah produk yang saya boleh cadangkan dengan penuh yakin kerana spesifikasinya dibina berdasarkan kepada kehendak pelanggan. Ia merupakan model cub pertama dalam kelasnya yang dipasang dengan teknologi baharu Honda iaitu sistem enjin FI.

“Sistem tersebut mampu meningkatkan kuasa serta menjimatkan penggunaan bahan api. Jadi, menunggang di lebuh raya dan jalan biasa pastinya lebih lancar berbanding sebelumnya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Boon Siew Honda, Koji Onishi.  

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.com

Menerusi penggunaan teknik kawalan elektronik, sistem pancitan bahan api (FI) membolehkan enjin hanya memerlukan nisbah udara-bahan api yang minimum.

Hasilnya, ia mampu menawarkan prestasi yang mesra alam dan kualiti tunggangan lebih baik. Sistem FI biasanya digunakan pada motosikal berenjin lebih besar dan jentera lumba seperti MotoGP untuk kawalan yang lebih efektif.

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.com

Menerusi kombinasi enjin 110cc dan sistem FI pada EX5 Dream FI, model baharu ini berupaya mencatat penggunaan bahan api setinggi 58.3 kilometer untuk setiap liter petrol.

Tangki minyaknya kini lebih besar, berkapasiti 4.3L pasti dapat mengurangkan kekerapan mengisi petrol. Sekali gus menawarkan kemudahan kepada penunggang untuk perjalanan yang lebih jauh.

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.com

Boon Siew Honda turut menyatakan ciri-ciri keselamatan termaju yang ada pada model EX5 Dream FI. Rekaan yang mengasingkan lampu belakang dan lampu isyarat membelok membolehkan kenderaan lain dari arah belakang melihat penunggang EX5 Dream FI dengan lebih mudah.

Panel meter dengan rekaan baru pula menampilkan tolok dan penunjuk yang lebih jelas dan mudah dilihat. Ciri ini memang berguna untuk mereka yang menunggang pada waktu malam dan di laluan yang gelap.  

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.com

Dari segi penampilan pula, EX5 Dream FI direka agar kelihatan lebih moden dan bergaya. Penutup bahagian kepala yang tirus dengan logo krom memberikan penampilan sporty. Penutup peredam berwarna krom itu bukan sahaja kelihatan lebih menarik, malah turut bertindak sebagai ciri keselamatan tambahan.

EX5 Dream FI boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah, biru dan ungu metalik. EX5 Dream FI boleh anda miliki pada harga RM4,299 dan RM4,599 dengan sistem penghidup elektrik (harga tidak termasuk kos di atas jalan dan GST).

Honda-EX5-Dream-FI-mekanika (1)

Bagi memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, EX5 Dream FI didatangkan bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Optimis dengan semua penambahbaikan ini, Boon Siew Honda yakin dapat menjual lebih 37,000 unit EX5 Dream FI setahun.

Honda-EX5-Dream-FI-mekanika (5)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol-Percuma Boon Siew Honda 1800-88-3993.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button